Saturday, December 20, 2008

ONDIUN @ FATIMAH UNGGUT & HJ. KEE ABD. JALIL DALAM KENANGAN "BANSA KIMARAGANG"


(Gambar: Ondiun @ Kee Hj. Jalil berbasikal menyeberangi Sg. Rakit. sumber gambar: Kee Norliah Kee Abd Jalil)

"Pasangan moden di zaman mereka. Pasangan sejoli yang unik..." - Sanguru

Mengapa saya katakan Ondiun @ Fatimah Unggut & Kee Hj. Jalil dalam kenangan "Bansa Kimaragang". Banyak sebab boleh menjelaskan. Tapi yang paling penting, pasangan inilah yang boleh dianggap "keluarga moden" pertama di Tandek. Moden dari segi cara hidup, moden dari segi agama dan paling penting - moden dari segi pendidikan.

Kee Abd. Jalil, merupakan guru besar paling lama di GPS/SK Tandek. Hampir 25 tahun beliau menjadi guru besar. Dan sepanjang tempoh itulah beliau bukan sekadar mengajar tulis baca tetapi mendampingi bansa kimaragang, memotivsikan bangsa ini untuk maju, untuk belajar, untuk mengubah nasib.

Saya sangat terharu bila melihat gambar di atas. Pada zaman itu, bangsa Kimaragang Tandek, khususnya kaum wanita belum tahu, belum mampu berbasikal. Ketika itu juga, rumah-rumah orang Kimaragang masih dibuat dari bambu dan nipah. Jangankan TV, radio pun payah Tetapi pasangan di atas sudah punya rumah papan, TV, Radio dan anak-anak yang bersekolah Inggeris. Saya harap anak-anak arwah menyimpan gambar ini sebaik-baiknya kerana ini khaznah bansa Kimaragang dan permata keluarga kalian. Sesungguhnya pasangan yang telah lama meninggalkan bangsa Kimaragang ini akan (sepatutnya) kekal dalam ingatan "Bansa do Kimaragang" (bahkan bangsa-bangsa lain di Tandek/Kota Marudu seharusnya mengingati mereka khususnya arwah Hj. Kee Abd. Jalil - "Bapa Pendidikan Tandek/Kota Marudu"...

4 comments:

MUFAKIRALAM said...

Buah yang baik berasal dari pohon yang baik. Buah yang baik, menghasilkan benih yang baik jua...

AragangTandik said...

Saya sungguh terharu atas ingatan Sanguru. Terima kasih banyak.

BUNG ADI said...

Ini sajalah yang mampu dilakukan untuk menghargai orang yang terbilang dalam bangsaku.

kyro said...

Ondiun @ Fatimah Unggut pernah cakap sama saya ' kita mesti ajar ini orang2,kalau tidak di ajar diorang tidak tahu'.Jadi kepada sangguru teruskan perjuangan mendidik bangsa kimaragang supaya menjadi satu bangsa yang gemilang dan terbilang.