Wednesday, December 3, 2008

TOKOH KIMARAGANG (ERA MODEN)

SAWATAN PANGAYAS TELAH PERGI, TAPI KEHEBATANNYA TINGGAL DI DALAM MINDA..."

Saya benar-benar tergamit untuk mengangkat kehebatan seorang lelaki bernama - "SAWATAN BIN PANGAYAS", yang baru meninggal sekitar jam 7 pm tadi. Apakah kehebatannya? - klik pada karikatur di atas. Baca. Pembaca akan tahu jawapannya.
Kepada anak-anak "Sawatan B. Pangayas", saya memohon maaf, manalah tahu sdr/i/tuan/puan tidak bersetuju paparan ini. Saya tak kisah. Saya berhak memuji insan yang amat saya hormati dan sanjungi dalam diam. Lelaki ini hebat kerana jarang sekali kita melihat "orang kuat" yang merendah diri (dalam istilah tasauf - tawadduk ?). Beliaulah contoh "orang kuat yang tidak menggunakan kekuatannya di tempat yang salah". Pendek kata dialah - "Orang Besi Mithali". Sama ada bangsa saya bersetuju atau tidak, saya dengan ini mengelar beliau "BADANG KIMARAGANG ERA MODEN" . Mungkin ada "BADANG" lain yang kurang senang, tapi siapakah "Badang Tandek" yang dapat menandingi sifat rendah diri dan lemah lembutnya kepada semua orang?...

Nota: Kepada anak-anak Sawatan Pangayas, "copy" lah sketch di atas. Saya hadiahkan untuk kalian sebagai kenang-kenangan terindah kalian kepada ayahanda tercinta. Sesungguhnya, aku jua mencintainya...

4 comments:

Little Mike (LM) said...

SANGURU..

Sketsa yang sanguru paparkan, pertama sekali saya ingin menyatakan penghargaan atas kesudian menulis artikel mengenai mendiang bapa...

keduanya, paparan karikatur itu sangat tinggi, menulis sesuatu yg baik mengenai mendiang bapa. Kami dengan rasa rendah diri, (izinkan kami) mengatakan bahawa bapa tidak mempunyai apa2 keistimewaan berbanding nama2 besar yg lain yang banyak berjasa kepada masyarakat. Bukan tidak menerima pujian begini tetapi mendiang bapa hanyalah insan biasa yang bergantung harap kepada beberapa tokoh lebih besar untuk kesinambungan bangsa. Lebih daripada itu, hanyalah kami mampu katakan berterima kasih tidak terhingga atas kesudian menulis sebegini baik kepada mendiang...

Apa yang terfikirkan oleh kami dan selalu mendiang bapa katakan.. 'kami tidak punya apa2 kisah yang boleh dikongsikan kepada rakan2 kimaragang'. Hanyalah persahabatan dan jalinan persefahaman yang mampu kami hulurkan kepada komuniti kimaragang..

Terima kasih sanguru. SANGURU antara harapan kami untuk melihat bangsa kita maju ke hadapan sementara kami akan menyongsong dari belakang menghulur apa yang patut, memberikan jalinan kerjasama demi meningkatkan taraf kehidupan bangsa kita...

Untuk karikatu di atas, kami akan simpan dalam ingatan kami selamanya sebagai satu kisah kecil dalam keluarga tetapi bahagia untuk dikenang-kenangkan. Jika SANGURU dan rakan2 lain mempunyai apa2 pengalaman bersama mendiang, jadikan itu satu ikatan yang mengeratkan sesama kita dalam satu keluarga besar.

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA... AKi-Aki kita dulu adalah permulaan besar, para ayah dan ibu kita adalah kesinambungan langkah besar, generasinya sekarang adalah penyambung tradisi besar bersama2 dengan keluarga lain menjana ketamadunan bangsa kimaragang..

BUNG ADI said...

Little Mike (& brothers), terimalah penghrgaan ini. Saya ikhlas. Lagipun ramai orang juga sependapat. Cuma mereka orang-orang kampung, tak pandai memblog. He3. Mereka juga ikhlas.

Yoyoku beti... said...

Waro tiso sorita,tadau minsasarap id tandik le'ed...pagka opirorongou dotiai di aman mondiang Sawatan ot ponokongangaran di Mojurul ponokobabasagon,toronongo nopo kabarasan dit tulun diri om pajsa'o no kabarasan.komoyon dot mangangat minokipajsa ot komoyon..pasod nono kabarasan e Mojurul minokipajsa kabarasan,ayobo....otutuyuan boyobo kabarasan gumikol it lunggayan dit tulun diri..nososiyan e tulun dot tongo tandik ino tu,owun-owunon nopo mogintong.mogintong ong isai ot babanar noko abasag...kojujungon,nenumpadanan gima it tulun diri..gibang podot wanan nga amu kosiyuk...mokima'ap ibo...hihihi...

Yoyoku beti... said...

Waro tiso sorita,tadau minsasarap id tandik le'ed...pagka opirorongou dotiai di aman mondiang Sawatan ot ponokongangaran di Mojurul ponokobabasagon,toronongo nopo kabarasan dit tulun diri om pajsa'o no kabarasan.komoyon dot mangangat minokipajsa ot komoyon..pasod nono kabarasan e Mojurul minokipajsa kabarasan,ayobo....otutuyuan boyobo kabarasan gumikol it lunggayan dit tulun diri..nososiyan e tulun dot tongo tandik ino tu,owun-owunon nopo mogintong.mogintong ong isai ot babanar noko abasag...kojujungon,nenumpadanan gima it tulun diri..gibang podot wanan nga amu kosiyuk...mokima'ap ibo...hihihi...