Wednesday, December 3, 2008

SIAPAKAH ORANG/BANGSA KIMARAGANG?

Suku kaum Kimaragang adalah salah satu suku etnik di Sabah. Suku kaum ini mendominsikn kawasan N5 Tandek dengan saiz populsi dianggarkan sekitar 20,000. Berdasarkan sejarah, bangsa ini berhijrah daripada kawasan penempatan purba di Nunuk Ragang di sebelah daerah Sandakan, di percayai kawasan pesisir sungai sugut dan sonsogon. Pada asalnya mereka berhijrah dalam saiz yang kecil tetapi kemudiannya berkembang menjdi satu populasi berskala agk besar. Keunikannya ialah, hampir 99% komuniti ini adalah bersaudara kerana mengamalkan sistem perkhawinan dalam suku/keluarga. Berikut adalah maklumat tentang sosio-budaya-ekonomi suku ini:

1. Bahasa : Dusun Kimaragang
2. Ekonomi; Petani, kakitangan awam/swasta, buruh dan sebagainya.
3. Tarian : Mongigol & mangandak (tarian pinakang)
4. Muzik : Pinakang
5. Makanan tradisional: "linopot", "tonsom", "sinalau", dsb.

Berdasarkan kepada sejarah penemptan awal di Tandek pula, terdapat tiga penempatan awal iaitu Kg. Tingkalanon (sekitar tahun 1700), Kg. salimandut (sekitar awal tahun 1800 M) dan juga kg. Longob (sekitar akhir 1700 atau awal 1800). Tarikh sebenar dipercayai lebih awal kerana wujud penempatan awal dan tinggalan kuburan lama yang tidak dapat dikenalpasti empunyanya. Hanya kajian DNA yang mampu menjawab dengan tepat persoalan ini.

Sebagai maklumat awal dan umum, berikut saya kemukakan tokoh awal di tiga penemptan utama tadi:
1. Kg. Tingkalanon: Aki Sambion bin Sandion
2. Kg. Togomongis/Salimandut: Aki Tumunda Bin Yungonit
3. Kg. Longob: Aki Sumbol Bin ____

Saya akan siarkan riwayat serta ketokohan mereka ini dalam siri-siri berikutnya. (Riwayat tersebut sebenarnya telah disiarkan dalam "HMM" sebelum ini).

3 comments:

Yoyoku beti... said...

Jika benar asal-usul kimaragang berasal dari nunuk ragang,bagai mana pula dengan bahasa pertuturan mereka sedangpun bahasa kimaragang adalah banyak perbezaan diantara suku kaum yang lain?yang saya tahu,kimaragang ada identiti tersendiri dan bukannya berasal dari seperti yang di nyatakan.kimaragang punyai penempatan asal iaitu tandek dan damai dll tempat di daerah kota marudu.

Unknown said...

Ada 1 perkampungan d pedalaman Ranau yang bahasanya memiliki persamaan dengan bahasa kimaragang yang kita gunakan di kawasan Tandek.Saya minta maaf,lupa pula nama itu kampung.
Jadi,memang ada kebenaran jika suku kimaragang ini mungkin berasal dari nunuk ragang. Apa yang penting,usaha untuk mendokumentasikan segala maklumat-maklumat berkenaan suku kimaragang. Dan kita memiliki penaung bagi dusun kimaragang di Malaysia iaitu Datuk Janatahan Kandok.

Menggapai Nabalu said...

Untuk mendapatkan hasil dan tahap keboleh percayaan tinggi kena perbanyakkan kajian,kita tidak dapat mengulas lebih terperinci kajian yang dihasilkan tanpa kajian terperinci. Hasil kajian yang agak ringkas yang kita baca bolehlah dijadikan bahan untuk kajian penyelidikan seterusnya.