Wednesday, December 10, 2008

BAGAIMANA KETURUNAN AKI SONDION BOLEH BERKAIT DENGAN AKI TUMUNDA?


Berdasarkan kajian salsilah yang dilakukan oleh saya sendiri (2001) (tetapi tidak lengkap) dan En. Charles K. dan Kee Roslee (2007) (kajian mereka ini boleh dianggap lengkap), dapat diperhatikan bahawa asal mula perkaitan kekeluargaan suku kaum kimaragang Tandek ialah di peringkat Aki Sandion B. ___ (Ketua Komuniti Di Tingkalanon) dan Aki Tumunda Bin Yungonit(Ketua komuniti di Salimandut/togomongis). Ini kerana kedua orang tokoh penting bangsa Kimragang ini "berbiras". Isteri mereka adalah adik beradik iaitu anak kepada "taki tagayo" (Moyang utama) iaitu Abaron Bin Bagu.
(Klik pada rajah untuk saiz lebih besar)
Kemudian, lahirlah generasi seterusnya yang mengembang dari satu genersi ke generasi selanjutnya. Berdasarkan kepada kajian tersebut juga didapati bahawa berlaku perkhawinan antara dua keturunan ini dari masa ke semasa, menyebabkan dua keluarga ini menjadi semakin rapat talian kekeluargaannya. Saya tidak mampu untuk menunjukkan keseluruhan/ secara spesifik salasilah yang lengkap kerana butirannya amat sukar untuk ditunjukkan. Bayangkanlah bagaimana memasukkan butiran tiap keluarga kita yang mencecah belasan ribu sekarang ini! Bagaimanapun kami akan berusaha terus untuk menjadikan salasilah keluarga besar ini menjadi kenyataan. Memadailah sejarah awal ini sebagai "pembuka minda" kita semua untuk menyedari betapa kita semua ini rupanya berkeluarga! (Tokow e' tokow)

7 comments:

Paranakan said...

Sanguru, sejarah salasilah awal suku kaum Kimaragang yang dipaparkan itu sungguh menarik perhatian semua keturunan Sondion dan Tumunda. Cuma saya ingin tahu lebih lanjut, adakah nama MAGALUM salah seorang abang atau adik Tumunda? Ada cerita mengatakan MAGALUM adalah asal kuturnan suku kaum Kimaragang yang berada di Marasimsim,Mantus dan Tanjung Batu Darat, antaranya Dr.Jurin Gusalam ?

BUNG ADI said...

Maklumat yang ada menyatakan Tumunda hanya 3 adik beradik. Iaitu Tumunda, Pamansah dan Badur. Tumunda kekal di salimandut. Pamansah berhijrah ke sebelah pitas/tg.batu (?)dan Badur berhijrah ke Brunei (dibawa oleh saudagar Brunei). Pamansah merupakan nenek moyang suku kaum Kimaragang di tempat yang sdr sebutkan.

BUNG ADI said...

Sdr Paranakan dan pembaca lainnya, dalam entri ini, saya hanya fokus kepada bagaimana wujudnya perkaitan antara kerabat Aki Sondion dengan Aki Tumunda. Pembaca hendaklah mengikuti keseluruhan entri dan entri-entri selnjutnya untuk lebih memahami salasilah keluarga besar ini. Amat sukar untuk menceritakan secara detil salaasilah besar ini dalam satu entri.Harap maklum.

Anonymous said...

pak tua saya dr kg salimandut pernah cerita, tok aki saya dari kg korumoko dan aki tumunda pernah berjumpa semasa hayat. keluarga gunsalam tu sepupu pada bonda saya. boleh jadi juga pamansah itu magalum... tapi belum tahu kesahihannya. nampaknya saya ada keturunan dari kedua2 tokoh itu. mungkin saya harus bertanya dgn lebih terperinci dgn bonda mengenai keturunan sebelah tanjung batu/ korumoko sementara keturunan sebelah salimandut pula harus di rujuk pada pak tuaku.

Jurin Gunsalam said...

saya sangat setuju dengan adanya kajian sejarah kimaragang ini.
apa kata kita buat buku tentang ini dan buat reunion kepada semua keluarga yg terlibat.
saya menyokong usaha tersebut.
-Jurin Gunsalam, -Pamansah's lineage

BUNG ADI said...

Mr jurin, itulah harapan semua orang kita. akan kita usahakan bersama. tq

Yoyoku beti... said...

Adalah lebih afdhal jika buat kajian bagai mana dialek kimaragang itu wujud(bahasa kimaragang) dan setrusnya,jejak siapa moyang kimaragang yang sebenar.info-info sebegini lebih berkesan dan muktamad..saya percaya pada sesiapa sahaja blogers tidak mengetahui bahasa petuturan yang diguna pakai oleh tokoh-tokoh yang di sebut.saya hanya percaya bangsa kimaragang tiada kena-mengena dengan tokoh2 yang di sebut tadi.bangsa kimaragang punyai identiti tersendiri dan punyai moyang tersendiri dan saya ulangi sekali lagi,bangsa kimaragang tiada kena-mengena dengan tokoh2 itu.cuba fikir secara logik...mana mungkin orang yang bukan asal dari tandek merantau ke utara sabah lalu membuat dialek bangsa kimaragang dan lantas di angkat bahasa pertuturan harian...saya bukan nak membangkang para blogers semua..tapi biarlah satu-satu kajian atau cerita itu logik dan amu engkosupan mogowudut...maaf...