Wednesday, May 13, 2009

ERA KEBANGKITAN...

Ampun dan maaf, sekian lama saya tidak kemaskini blog ini. Saya banyak "mengembara" ke blog-blog yang cenderung untuk mengkaji salasilah keturunan Aki Tumunda dan Aki Sondion. Amat mengujakan dan mengembirakan kerana semakin ramai anak-anak muda kita yang berminat dan berkesungguhan untuk menelusuri salasilah bangsa dan keluarganya. Saya percaya jika setiap kita menunaikan kewajipan masing-masing, bangsa kita pasti akan menjadi bangsa yang maju dan mandiri dan kita akan kembali bersatu, maju dan bersilaturahim. Teruskan! Jika ada perbezaan, itu adat menyelidik. Yang terpenting nanti, kita mesti ada kesediaan untuk mengiktiraf yang terbaik, yang lebih tepat dan lebih menyumbang kepada kesatuan yang lebih besar. TERUSKAN SAUDARAKU!

Wednesday, January 7, 2009

ERTI BERSATU...

Artikel ini agak berfalsafah dan memang falsafah sifatnya:

"BERSATU" secara amnya ialah menjadi satu. Maksudnya; daripada lebih daripada satu apapun menjadi satu bentuk baru yang terarah. Contoh: kertas, pensil, penajam dan pemadam menjadi "satu" menjadi "ALAT TULIS".

Pada asalnya setiap benda itu ada fungsinya tersendiri tapi terhad kefungsiannya. Sebagai contoh, kertas sebagai hanya sebagai kertas hanya mampu menjadi kertas lapis atau dibuat "kapal terbang" oleh kanak-kanak. Tapi bila kertas bersatu dengan pensil, maka pensil boleh mencatatkan sesuatu pada kertas, maka terhasillah misalnya - surat, esei, kritikan, cerita dan sebagainya.

Saya tertarik menulis tentang konsep bersatu kerana pengamatan saya, dalam bangsa Kimaragang ini (juga bangsa-bangsa lainnya), wujud gerakan reformasi yang menyeru untuk bersatu tapi konsepnya kurang tepat. Misalnya, mereka mahu buat persatuan tetapi seolah-olah menafikan "kepelbagaian dalam satu kesatuan" yang ditekankan ialah "kepelbagaian menjadi satu dalam kesatuan". Ada pula cendikiawan yang berpndapat bahawa "kepelbagaian itu adalah penghalang kesatuan". Memang ada benarnya tapi lebih banyak yang tidak benar tentang pandangan ini.
Lebih parah lagi apabila ada yang berpendapat bahawa : kepelbagaian itu menghalang gerakan perjuangan. Entah apa punya perjuangan yang memerlukan semua orang mesti duduk dalam satu persatuan sahaja. Dan entah apa jenis manusia pandai yang tidak boleh kerja, tidak boleh berbakti kalau tidak melalui persatuan.
Ingat, iktikad yang silap atau konsep yang kabur, boleh menjadikan kita hilang arah. Hal inilah yang saya lihat menjadi salah satu sebab yang menghalang perjuangan dalam mana-mana bangsa.

Friday, January 2, 2009

INTELEKTUAL VS PETANI...

Agak lama sudah saya membanding-beza (pemikiran kritis) antara Intelektual Kimragang dengan Petani Kimaragang dari segi peemikiran politik-patiotisme bangsa. Jawapan sudah lama saya temui tapi sekarang baru mau cerita. Jangan cakap saya reka-reka cerita atau tidak guna fakta. Saya bekas perisik XXX yang pandai cari maklumat. Apa yang saya tulis ini saya lihat, saya dengar sendiri di kedai kopi, di pejabat, di kampung-kampung, di surau-surau dan sebagainya. Saya menyusup masuk ke dalam berbagai persatuan dan serata kampung untuk menyelami jiwa orang Tandek.

Intelektual Kimragang (secara amnya bermaksud yang ada diploma dan ke atas) terdiri daripada :
a. Fikir dan arif tentang politik setempat tetapi tidak mahu bercakap/aktif
b. Fikir dan arif tentang politik setempat dan mahu bercakap/aktif
c. Tidak minat memikirkan tentang politik tetapi minat memperjuangkan nasib bangsanya melalui caranya sendiri. Misalnya membantu orang susah, beri peluang kerja, beri motivasi dan sebagainya.
d. Langsung tidak mahu berfikir dan tidak buat apa-apa tentang bangsanya.

Saya tertarik untuk mengulas tentang kategori B, kerana ini yang memainkan peranan penting dalam politik setempat khususnya N5 Tandek. Golongan "B" ini terpecah lagi kepada (secara amnya) dua kelas:

i. Yang berjuang untuk kepentingan peribdi dan kroni (Kelas B(i))
ii. Yang berjuang untuk kepentingan umum/bangsa

Kelas "i" ini lebih ramai daripada kelas "ii". Kelas "i" inilah yang selalu "muput-uput buntut si....", yang sanggup membelakangkan patriotisme dalam jiwanya, untuk mendapatkan habuan projek, kerjaya, pangkat dan mungkin juga angan-angan mau jadi calon (?). Mereka inilah yang kalau sebelum pilihanraya bukan main lagi lantang mengutuk pemimpin dan ghairah cakap pasal ketuanan Kimaragang di N5 Tandek. Kalau cakap bukan main, tapi kelas "i" inilah yang akhirnya sanggup jadi orang suruhan masa kempen. Pujuk orang kampung belakangkan patriotisme bangsa. Tahu kenapa?

1. Mereka sudah terjerat! Kalau dah suka "muput-uput" mana lagi boleh melawan atau menyatakan "No". Terpaksalah jadi barua.
2. Mereka hipokrit! Belakang pemimpin lain, depan cakap lain. Mereka ingat barangkali pemimpin tiada spy. Pemimpin sebenarnya tidak respek mereka ini. Cuma mereka memang boleh diperalatan.
3. "Pok Keuntungan" (target profit). Mereka ini ada lesen dan kaki projek. Harapan mereka selepas pilihan raya dapat projek. Inilah matlamat perjuangan politik mereka. PROJEK! PROJEK! PROJEK!

Sedih saya bila golongan yang mengaku cerdik pandai mengutuk orang kampung/ orang bukit-bukit! "Kasi RM10 sudah berubah hati!" kata mereka kepada petani. Bagi saya golongan cendikiawan terutama kelas B(i) inilah yang dajal! Mereka sekejap jadi pejuang patriotisme, kemudian jadi "petualang bangsa". Sekejap suruh petani melaungkan Hak-Hak Kimragang/Tandek, tapi "last-last" ketuk pintu rumah orang hulur RM dan pujuk sokong calon pilhan mereka. Merekalah yang memutar belitkan fakta. Dengan kata lain memperbodohkan kaum kerabat yag tidak berpengetahuan tentang isu semasa, tentang KWAPM dan sebagainya.

Nah, siapa jahat? siapa bodoh? siapa petualang? siapa lebih ptriotisme?
Kepada yang mengaku sudah cukup cendikiawan, SAYA TAWARKAN DIRI SAYA SEBAGAI CONTOH (saya tak kisahlah dikata apa pun) kerana terus teranglah, saya belum nampak cendikiawan Kimaragang yang benar-benar berjuang dengan cara yang betul dan tidak alang-alang. Jadi calon sahaja tidak semestinya pejuang sejati kimaragang. Saya pun boleh jadi calon kalau mau, tapi saya punya fikiran, dan visi untuk bangsa ini berbeza...

MAU TERIMA ATAU TIDAK, SETAKAT INI, SAYALAH PALING LANTANG MEMPERJUANGKAN HAK-HAK KIMARAGANG/TANDEK. SAYA USULKAN PERKARA INI KEPADA PM, KM, PRESIDEN PBS, TIM. PRESIDEN PBS, SETIAUSAHA PBS. BUKAN MAIN CAKAP TAPI MAIN DOKUMEN. BUKAN DOKUMEN KOSONG BAHKAN DENGAN RIBUAN SOKONGAN RAKYAT. SATU SEN PUN SAYA TIDAK KEUAR DARI SAKU UNTUK BELI SOKONGAN RAKYAT.

WALAUPUN SAYA SANGAT AGRESIF (?) TAPI PEMIMPIN TIDAK MARAH SAYA KERANA DIA TAHU CARA SAYA BERMARUAH, BERETIKA, BERMORAL DAN TIDAK HIPOKRIT. SAYA BERJUANG BUKAN MAU JADI CALON/YB/MP SEKADAR UNTUK MEMBERI CONTOH - KALAU MAU BERJUANG, BEGINILAH CARANYA. DIA TAHU APA YANG SAYA CAKAP ITU BETUL. MEMANG BAIK UNTUK RAKYAT DAN PARTI.

SYOR SAYA KEPADA BAKAL-BAKAL PEJUANG: JANGAN JADI PENGECUT. JANGAN TIKAM BELAKANG. JANGAN KERANA PENTINGKAN DIRI ADA JADI "TUGARANG" (SESUMPAH)...HARUS KONSISTEN. BARULAH ANDA DIHORMATI RAKYAT DAN PEMIMPIN...KALAU INI ANDA ADA, ADA HARAPAN...

KASIHI RAKYAT. SAYANGI BANGSA. BANGSA INI PERLUKAN ANDA YANG JUJUR IKHLAS MENGABDI KEPADA BANGSANYA. KALAULAH AKU PUNYA TEMAN SEPERTI INI....

Nota: Ampun dan Maaf kiranya aku keterlaluan berterus terang dan mengangkat diriku sendiri sebagai contoh. Andainya ini mengundang bahaya, salah sangka dan dosa, aku rela menerima kesemuanya kerana jika aku tidak menyuarakan semua ini : LAMA LAGI LAH BANGSA INI AKAN TERJAJAH MINDANYA....

Sekian lama aku ingin mengatakan ini, aku pendam dalam minda, kerana aku sebenarnya bukanlah jenis orang yang mahu memberitahu siapa aku. Aku sebenarnnya menanti ada orang lain yang memberitahu perkara ini secara gentleman dan ikhlas, tapi bertahun-tahun ku tunggu...yang ku dengar hanyalah suara-suara sombong dan omong kosong....

"MAAFKAN AKU KALAU AKU MELUKAIMU"

Tuesday, December 23, 2008

BETULKAN PEMIKIRANMU BANGSA KIMARAGANG...

Bangsa Kimargang khususnya di Tandek mempunyai potensi besar untuk maju kalau setiap orang yang berkedudukan, berpendidikan, berpangkat dan kekeupayaan sama-sama menabur bakti. Tak kisahlah melalui persatuan atau secara solo.

Kesilapan bangsa ini ialah persepsi yang kurang tepat tentang bakti. Ramai kawan-kawan cendikiawan saya berkata:

1. Bangsa ini hanya boleh maju kalau bersatu (ikut di bawah kangkang saya - ini yang tersirat dalam hati dan perjuangannya). Jangan tubuh banyak persatuan, katanya. Cukup satu persatuan saja! (Tapi bila ditanya pasal kemungkinan perubahan kepimpinan persatuan. Dia tidak senang pula! - maca mana kaum muda cendikiawan tertarik hati menyertai?)

Komen saya setelah cuba bantu gerakan ini: ternyata yang bercakap itu pelajarannya memang tinggi. egonya pun tinggi. Impiannya pun tinggi. Dia fikir dialah paling bijak dalam bangsanya. Silapnya, saya tengok, dia sebenarnya belum cukup tajam mindanya tentang pemikiran pembangunan bangsa. Dia baru terjun dalam dunia pemikiran mengenai bangsanya. Biasalah orang baru kalau tergesa-gesa nak jadi "leader", nak jadi hero, maka tahap pemikirannya biasanya rendah. Ideanya pula tidak praktikal kerana tak cukup memahami sesuatu isu/masalah. Maklumlah....jarang-jarang balik kampung. Memerap di pejabat hawa dingin sahaja.

2. Ada pula yang berkata: kita hanya boleh maju kalau orang kita jadi YB.
Komen saya: Saya setuju. Bangsa maju dipimpin bangsanya sendiri.

Tapi kenapa bila parti tak beri peluang kepada orang/bangsa yang lebih berhak, maka golongan ini "YES SIR" saja? Mereka tetap sokong dan pendamkan ketidakadilan . Tak berani beri pandangan/kritikan kepada presiden/tim. presiden parti. Alasan mereka: apa boleh buat ini pilihan presiden parti kesayangan kita! Orang-orang ini lebih sayang parti dari bangsanya sendiri. Maka, sehingga kini, bangsanya tidak dipimpin bangsa sendiri yang jauh lebih berkebolehan. Maksud saya, golongan ini rupa-rupanya RAJA PENGECUT, RAJA PENGAMPU, BUKANNYA RAJA KIMARAGANG. Cuba lihat negeri lain yang berani. Mereka lebih maju. Mereka dihormati dan digeruni.

Ringkasnya, kalau bangsa ini betul-betul mau maju dan bermaruah. Kesilapan di atas mestilah diperbaiki. Syor saya ringkas tapi mungkin pahit ditelan oleh para cendikiawan dan orang-orang politik:

1. Bersatu tak semestinya satu persatuan. Buat apa satu persatuan kalau tidak bersatu? Syor saya: buatlah seberapa banyak persatuan. Setiap persatuan buatlah aktiviti yang boleh membangunkan minda bangsa dan tahap sosio-ekonomi bangsa. Mengapa mesti tkut kawan lain buat persatuan? Hmm...anda takut hilang sokongan? KARUT BETUL AWAK INI! Asyik fikir pasal politik, pasal mau jadi RAJA KIMARAGANG, pasal mau jadi ketua, mau jadi bakal calon.

Pengalaman saya memimpin NGO Sabah menyedarkan saya betapa kurangnya persatuan aktif di Kota Marudu apa lagi di Tandek. Malu saya! Di daerah lain, mereka boleh hantar lebih dari 10 persatuan bernaung dalam kumpulan kami. Kota Marudu hanya dapat hantar dua persatuan!

Kepada yang begitu ghirah nak jadi "Reformer" bangsa, pandangan saya: eloklah matangkan dulu diri. Jangan kerana anda tuan pengarah atau ada Phd maka rasa diri mesti jadi leader, terus angkat diri jadi leader. Jangan! Jangan terus-terus turun padang dan arah orang ikut dia, buat itu ini. JANGAN BUAT LAWAK. BIKIN MUNDUR BANGSA! Belajarlah merendah diri dan bersedia jadi pembantu walaupun sekadar ahli biasa. TIRU MACAMM SAYA - sanggup bantu apa saja persatuan, walaupun sekadar tukang susun-susun kerusi meja saja. (Maaf, agak "minta puji". Saya dah lama geram tengok gelagat kawan-kawan cendikiawan/berkedudukan yang BERFIKIRAN BESAR tapi BERJIWA KECIL).

2. Bangsa ini mesti desak dan tunjukkan kuasa bangsa kepada mana-mana presiden parti agar pilih calon dari bangsa anda. Anda adalah majoriti di Tandek! Itu hak anda. Tuhan pun mengutus nabi di kalangan bangsanya sendiri. Semulia-mulia Nabi Muhammad, beliau tetap tidak diutuskan kepada Bani Israil kerana bangsa Nabi Muhammad adalah arab Mekah. Faham maksud saya? Jika sekiranya prti tidak dengar cakap anda, dan tidak hormati hak-hak anda, maka anda mesti tunjukkan/guna KUASA RAKYAT. Anda tidak BERDOSA jika berbuat demikian. Berani kerana benar dan kerana memperjuangkan hak dan kebenaran. Kalau ini dapat diaplikasi oleh bangsa anda, KIMARAGANG AKAN MAJU BERMARUAH! Ingat, selagi anda pengecut, selagi itu anda senang diperkotak-katikkan macam buah catur!

HMM...apakah aku keterlaluan? Maaf, aku terlalu lama menyimpan geram dan simpati kepada bangsaku yang terjajah mindanya. Harapkan pagar pagar makan padi. Si pengail yang jorannnya panjang sejengkal, terus menduga lautan dalam! Yang berkurap mengaku dia malaikat! Sang berani sebelum pilihanraya jadi RAJA PENGAMPU semasa kempen. Yang mengaku RAJA KIMARAGANG, tau-tau menjual nama bangsanya untuk menyakitkan hati pucuk pimpinan parti. Hujung-hujung KIMRAGANG JADI MACAM 'MARAGANG"...

Saturday, December 20, 2008

ONDIUN @ FATIMAH UNGGUT & HJ. KEE ABD. JALIL DALAM KENANGAN "BANSA KIMARAGANG"


(Gambar: Ondiun @ Kee Hj. Jalil berbasikal menyeberangi Sg. Rakit. sumber gambar: Kee Norliah Kee Abd Jalil)

"Pasangan moden di zaman mereka. Pasangan sejoli yang unik..." - Sanguru

Mengapa saya katakan Ondiun @ Fatimah Unggut & Kee Hj. Jalil dalam kenangan "Bansa Kimaragang". Banyak sebab boleh menjelaskan. Tapi yang paling penting, pasangan inilah yang boleh dianggap "keluarga moden" pertama di Tandek. Moden dari segi cara hidup, moden dari segi agama dan paling penting - moden dari segi pendidikan.

Kee Abd. Jalil, merupakan guru besar paling lama di GPS/SK Tandek. Hampir 25 tahun beliau menjadi guru besar. Dan sepanjang tempoh itulah beliau bukan sekadar mengajar tulis baca tetapi mendampingi bansa kimaragang, memotivsikan bangsa ini untuk maju, untuk belajar, untuk mengubah nasib.

Saya sangat terharu bila melihat gambar di atas. Pada zaman itu, bangsa Kimaragang Tandek, khususnya kaum wanita belum tahu, belum mampu berbasikal. Ketika itu juga, rumah-rumah orang Kimaragang masih dibuat dari bambu dan nipah. Jangankan TV, radio pun payah Tetapi pasangan di atas sudah punya rumah papan, TV, Radio dan anak-anak yang bersekolah Inggeris. Saya harap anak-anak arwah menyimpan gambar ini sebaik-baiknya kerana ini khaznah bansa Kimaragang dan permata keluarga kalian. Sesungguhnya pasangan yang telah lama meninggalkan bangsa Kimaragang ini akan (sepatutnya) kekal dalam ingatan "Bansa do Kimaragang" (bahkan bangsa-bangsa lain di Tandek/Kota Marudu seharusnya mengingati mereka khususnya arwah Hj. Kee Abd. Jalil - "Bapa Pendidikan Tandek/Kota Marudu"...