Wednesday, January 7, 2009

ERTI BERSATU...

Artikel ini agak berfalsafah dan memang falsafah sifatnya:

"BERSATU" secara amnya ialah menjadi satu. Maksudnya; daripada lebih daripada satu apapun menjadi satu bentuk baru yang terarah. Contoh: kertas, pensil, penajam dan pemadam menjadi "satu" menjadi "ALAT TULIS".

Pada asalnya setiap benda itu ada fungsinya tersendiri tapi terhad kefungsiannya. Sebagai contoh, kertas sebagai hanya sebagai kertas hanya mampu menjadi kertas lapis atau dibuat "kapal terbang" oleh kanak-kanak. Tapi bila kertas bersatu dengan pensil, maka pensil boleh mencatatkan sesuatu pada kertas, maka terhasillah misalnya - surat, esei, kritikan, cerita dan sebagainya.

Saya tertarik menulis tentang konsep bersatu kerana pengamatan saya, dalam bangsa Kimaragang ini (juga bangsa-bangsa lainnya), wujud gerakan reformasi yang menyeru untuk bersatu tapi konsepnya kurang tepat. Misalnya, mereka mahu buat persatuan tetapi seolah-olah menafikan "kepelbagaian dalam satu kesatuan" yang ditekankan ialah "kepelbagaian menjadi satu dalam kesatuan". Ada pula cendikiawan yang berpndapat bahawa "kepelbagaian itu adalah penghalang kesatuan". Memang ada benarnya tapi lebih banyak yang tidak benar tentang pandangan ini.
Lebih parah lagi apabila ada yang berpendapat bahawa : kepelbagaian itu menghalang gerakan perjuangan. Entah apa punya perjuangan yang memerlukan semua orang mesti duduk dalam satu persatuan sahaja. Dan entah apa jenis manusia pandai yang tidak boleh kerja, tidak boleh berbakti kalau tidak melalui persatuan.
Ingat, iktikad yang silap atau konsep yang kabur, boleh menjadikan kita hilang arah. Hal inilah yang saya lihat menjadi salah satu sebab yang menghalang perjuangan dalam mana-mana bangsa.

No comments: