Tuesday, December 23, 2008

BETULKAN PEMIKIRANMU BANGSA KIMARAGANG...

Bangsa Kimargang khususnya di Tandek mempunyai potensi besar untuk maju kalau setiap orang yang berkedudukan, berpendidikan, berpangkat dan kekeupayaan sama-sama menabur bakti. Tak kisahlah melalui persatuan atau secara solo.

Kesilapan bangsa ini ialah persepsi yang kurang tepat tentang bakti. Ramai kawan-kawan cendikiawan saya berkata:

1. Bangsa ini hanya boleh maju kalau bersatu (ikut di bawah kangkang saya - ini yang tersirat dalam hati dan perjuangannya). Jangan tubuh banyak persatuan, katanya. Cukup satu persatuan saja! (Tapi bila ditanya pasal kemungkinan perubahan kepimpinan persatuan. Dia tidak senang pula! - maca mana kaum muda cendikiawan tertarik hati menyertai?)

Komen saya setelah cuba bantu gerakan ini: ternyata yang bercakap itu pelajarannya memang tinggi. egonya pun tinggi. Impiannya pun tinggi. Dia fikir dialah paling bijak dalam bangsanya. Silapnya, saya tengok, dia sebenarnya belum cukup tajam mindanya tentang pemikiran pembangunan bangsa. Dia baru terjun dalam dunia pemikiran mengenai bangsanya. Biasalah orang baru kalau tergesa-gesa nak jadi "leader", nak jadi hero, maka tahap pemikirannya biasanya rendah. Ideanya pula tidak praktikal kerana tak cukup memahami sesuatu isu/masalah. Maklumlah....jarang-jarang balik kampung. Memerap di pejabat hawa dingin sahaja.

2. Ada pula yang berkata: kita hanya boleh maju kalau orang kita jadi YB.
Komen saya: Saya setuju. Bangsa maju dipimpin bangsanya sendiri.

Tapi kenapa bila parti tak beri peluang kepada orang/bangsa yang lebih berhak, maka golongan ini "YES SIR" saja? Mereka tetap sokong dan pendamkan ketidakadilan . Tak berani beri pandangan/kritikan kepada presiden/tim. presiden parti. Alasan mereka: apa boleh buat ini pilihan presiden parti kesayangan kita! Orang-orang ini lebih sayang parti dari bangsanya sendiri. Maka, sehingga kini, bangsanya tidak dipimpin bangsa sendiri yang jauh lebih berkebolehan. Maksud saya, golongan ini rupa-rupanya RAJA PENGECUT, RAJA PENGAMPU, BUKANNYA RAJA KIMARAGANG. Cuba lihat negeri lain yang berani. Mereka lebih maju. Mereka dihormati dan digeruni.

Ringkasnya, kalau bangsa ini betul-betul mau maju dan bermaruah. Kesilapan di atas mestilah diperbaiki. Syor saya ringkas tapi mungkin pahit ditelan oleh para cendikiawan dan orang-orang politik:

1. Bersatu tak semestinya satu persatuan. Buat apa satu persatuan kalau tidak bersatu? Syor saya: buatlah seberapa banyak persatuan. Setiap persatuan buatlah aktiviti yang boleh membangunkan minda bangsa dan tahap sosio-ekonomi bangsa. Mengapa mesti tkut kawan lain buat persatuan? Hmm...anda takut hilang sokongan? KARUT BETUL AWAK INI! Asyik fikir pasal politik, pasal mau jadi RAJA KIMARAGANG, pasal mau jadi ketua, mau jadi bakal calon.

Pengalaman saya memimpin NGO Sabah menyedarkan saya betapa kurangnya persatuan aktif di Kota Marudu apa lagi di Tandek. Malu saya! Di daerah lain, mereka boleh hantar lebih dari 10 persatuan bernaung dalam kumpulan kami. Kota Marudu hanya dapat hantar dua persatuan!

Kepada yang begitu ghirah nak jadi "Reformer" bangsa, pandangan saya: eloklah matangkan dulu diri. Jangan kerana anda tuan pengarah atau ada Phd maka rasa diri mesti jadi leader, terus angkat diri jadi leader. Jangan! Jangan terus-terus turun padang dan arah orang ikut dia, buat itu ini. JANGAN BUAT LAWAK. BIKIN MUNDUR BANGSA! Belajarlah merendah diri dan bersedia jadi pembantu walaupun sekadar ahli biasa. TIRU MACAMM SAYA - sanggup bantu apa saja persatuan, walaupun sekadar tukang susun-susun kerusi meja saja. (Maaf, agak "minta puji". Saya dah lama geram tengok gelagat kawan-kawan cendikiawan/berkedudukan yang BERFIKIRAN BESAR tapi BERJIWA KECIL).

2. Bangsa ini mesti desak dan tunjukkan kuasa bangsa kepada mana-mana presiden parti agar pilih calon dari bangsa anda. Anda adalah majoriti di Tandek! Itu hak anda. Tuhan pun mengutus nabi di kalangan bangsanya sendiri. Semulia-mulia Nabi Muhammad, beliau tetap tidak diutuskan kepada Bani Israil kerana bangsa Nabi Muhammad adalah arab Mekah. Faham maksud saya? Jika sekiranya prti tidak dengar cakap anda, dan tidak hormati hak-hak anda, maka anda mesti tunjukkan/guna KUASA RAKYAT. Anda tidak BERDOSA jika berbuat demikian. Berani kerana benar dan kerana memperjuangkan hak dan kebenaran. Kalau ini dapat diaplikasi oleh bangsa anda, KIMARAGANG AKAN MAJU BERMARUAH! Ingat, selagi anda pengecut, selagi itu anda senang diperkotak-katikkan macam buah catur!

HMM...apakah aku keterlaluan? Maaf, aku terlalu lama menyimpan geram dan simpati kepada bangsaku yang terjajah mindanya. Harapkan pagar pagar makan padi. Si pengail yang jorannnya panjang sejengkal, terus menduga lautan dalam! Yang berkurap mengaku dia malaikat! Sang berani sebelum pilihanraya jadi RAJA PENGAMPU semasa kempen. Yang mengaku RAJA KIMARAGANG, tau-tau menjual nama bangsanya untuk menyakitkan hati pucuk pimpinan parti. Hujung-hujung KIMRAGANG JADI MACAM 'MARAGANG"...

Saturday, December 20, 2008

ONDIUN @ FATIMAH UNGGUT & HJ. KEE ABD. JALIL DALAM KENANGAN "BANSA KIMARAGANG"


(Gambar: Ondiun @ Kee Hj. Jalil berbasikal menyeberangi Sg. Rakit. sumber gambar: Kee Norliah Kee Abd Jalil)

"Pasangan moden di zaman mereka. Pasangan sejoli yang unik..." - Sanguru

Mengapa saya katakan Ondiun @ Fatimah Unggut & Kee Hj. Jalil dalam kenangan "Bansa Kimaragang". Banyak sebab boleh menjelaskan. Tapi yang paling penting, pasangan inilah yang boleh dianggap "keluarga moden" pertama di Tandek. Moden dari segi cara hidup, moden dari segi agama dan paling penting - moden dari segi pendidikan.

Kee Abd. Jalil, merupakan guru besar paling lama di GPS/SK Tandek. Hampir 25 tahun beliau menjadi guru besar. Dan sepanjang tempoh itulah beliau bukan sekadar mengajar tulis baca tetapi mendampingi bansa kimaragang, memotivsikan bangsa ini untuk maju, untuk belajar, untuk mengubah nasib.

Saya sangat terharu bila melihat gambar di atas. Pada zaman itu, bangsa Kimaragang Tandek, khususnya kaum wanita belum tahu, belum mampu berbasikal. Ketika itu juga, rumah-rumah orang Kimaragang masih dibuat dari bambu dan nipah. Jangankan TV, radio pun payah Tetapi pasangan di atas sudah punya rumah papan, TV, Radio dan anak-anak yang bersekolah Inggeris. Saya harap anak-anak arwah menyimpan gambar ini sebaik-baiknya kerana ini khaznah bansa Kimaragang dan permata keluarga kalian. Sesungguhnya pasangan yang telah lama meninggalkan bangsa Kimaragang ini akan (sepatutnya) kekal dalam ingatan "Bansa do Kimaragang" (bahkan bangsa-bangsa lain di Tandek/Kota Marudu seharusnya mengingati mereka khususnya arwah Hj. Kee Abd. Jalil - "Bapa Pendidikan Tandek/Kota Marudu"...

Monday, December 15, 2008

ODU KOLINZIM BT. SONDIGIT, WIRAWATI KIMARAGANG


Odu Kolinjim Bt. Sondigot lahir sekitar awal tahun 1800 di kampung Longob Tandek. Menurut cerita daripada Odu Kolinjim yang diceritakan oleh cicit beliau En. Molidang (temuramah pada 15/12/2008 di rumah beliau di Longob), datuk Odu Kolinjim berketurunan Suluk.
Ketokohan Odu Kolinjim ialah dari segi kebolehannya sebagai jurubicara/hakim dalam maasalah berkaitan komuniti setempat. Beliau juga merupakan ketua adat dan ketua kampung di zamannya. Ini menyebabkan beliau turut terkenal di kalangan pembesar Inggeris. Selain daripada kemampuannya menjatuhkan hukuman secara adil dan muktamad, beliau juga digeruni serta dipatuhi (dalam bahasa Dusun Kimaragang - "karanakan"). Dikalangan ketua-ketua kampung lelaki pun turut mmenghormati keputusan beliau sehinggakan ada kes-kes tertentu yang terpaksa menunggu keputusan daripada Odu Kolinjim.
Satu lagi keistimewaan Odu Kolinjim ialah keberanian luar biasanya sama ada menghadappi orang-orang besar atau para penduduk kampung yang "besar kepala". Diriwayatkan, bila beliau marah, beliau akan mencabut kuku jarinya di hadapan orang sebelum menjatuhkan hukuman. Beliau pernah menghadap Syarif Osman di kubu/kota Syarif Osman di Marudu Laut, kerana tidak berpuas hati dengan perilaku orang bawahan Syarif Osman yang tidak sopan. Syarif Osman sendiripun "kecut" bila berhadapan dengan Odu Kolinjim kerana ada "aura" istimewa. Odu Kolinjim juga bersahabat dengan Datu Unduk (pembesar kesultanan Sulu yang berpusat di Sg. Selaping, dekat SMK Kota Marudu II sekarang). Diceritakan bahawa Odu Kolinjim pernah menyelamatkan Datu Unduk daripada dihukum oleh pihak Inggeris.
Apakah barang "istimewa" kepunyaan Odu Kolinjim yang dipercayai memberikan "aura" tambahan? Dipercayai Keris/Pisau pendek warisan nenek moyang Odu Kolinjim (lihat gambar) merupakan salah satu barang yang mempunyai aura. Setiap kali Odu Kolinjim berjalan untuk urusan penting, beliau akan membawa senjata kecil ini. Selain itu, Odu Kolinjim juga memiliki barang dikenali "kepala naga" tetapi dipinjam oleh Datu Unduk (sehingga kini tidak dikembalikan).
Odu Kolinjim meninggal pada awal tahun 1900 dan kuburannya kini di Mosolog (tanah persendirian yang kini dimiliki oleh En. Dangus B. Aby). Diriwayatkan bahawa Odu Kolinjim pernah berkata: "akan timbul wanita hebat seumpamanya dikalangan keturunannya yang ketujuh". Siapakah wanita itu? Sama-sama kita nantikan...

Friday, December 12, 2008

AKI PAMANSAH B. YUNGONIT : PENGEMBANG KIMARAGANG

AKI Pamansah merupakan adik kepada Aki Tumunda (Lihat carta salasilah dalam entri sebelum ini). Beliau telah berhjrah ke kawasan lain (kemungkinan besar di Koromoko/Tg. Batu Darat) kerana diarahkan oleh bapa beliau , Panglima Yungonit.


Pembaca tahu kenapa? Kerana Aki Tumunda, Aki Pamansah dan Aki Badur "umpama kucing dengan anjing" - tidak boleh duduk bersama kerana masing-masing ada kehandalan dan cenderung untuk menjadi ketua, atau dalam istilah Kimaragang "mialib-alib" (masing-masing ingin tunjuk handal). Memandangkan Aki Tumunda lebih tua dan menggantikan tempat ayahandanya sebagai ketua komuniti ketika itu maka haruslah adik beradiknya mencari "tapak" baru untuk menjadi ketua. Mungkin ada sebab lain namun hanya inilah maklumat yang dapat diperolehi daripada sumber-sumber yang ada. Kimarangang kata; "ara'at ong wa'walon" (tidak baik, membuat-buat cerita)


Maka berhijrahlah Aki Pamansah ke Koromoko manakala Aki Badur berhijrah ke Brunei. Saya akan ceritakan tentang Aki Badur dalam entri selanjutnya. Berbalik kepada Aki Pamansah, beliau telah berkhawin dengan wanita yang kami belum ketahui namanya. Beliau mendapat anak lelaki dinamakan Pandasar@Sorotula. Pandasar mempunyai empat anak iaitu:

1. Adun @ Abidin B. Pandasar (1900-1975)
2. Panangah B. Pandasar
3. Joling B. Pandasar
4. Odo Bt. Pandasar


Maka dari empat penama di atas inilah bermulanya pengembangan komuniti Kimaragang di sekitar kampung koromoko, tanjung batu darat, marasinsim dan bahagian-bahagian lain di sebelah Pitas. Berdasarkan kepada fakta ini maka tidak keterlaluan jika saya namakan AKI PAMANSAH sebagai "PENGEMBANG BANSA KIMARAGANG" , kerana jika beliau tidak berhijrah dari Kg. Salimandut, sudah barang tentu komuniti Kimaragang tidak berkembang keluar sehingga ke daerah Pitas. Itulah hikmahnya "kucing dan anjing" tidak boleh bersatu.


Saya harap selepas mukadimah salasilah Aki Pamansah ini dibaca oleh kaum Kimaragang Tandek, haruslah sedar bahawa salasilah keluarga kita memang sangat besar. Ingat satu perkara: "TOKOW E' TOKOW"...


Nota: Salasilah di atas hanyalah pendahuluan/pengenalan kepada salasilah Aki Pamansah. Maklumat lanjut mengenai salasilah tersebut sila rujuk En. Charles K. & Kee Roslee Hj. Jalil. Mereka mempunyai senarai yang hampir lengkap (sehingga generasi ke-3/4 Aki Pamansah).

Wednesday, December 10, 2008

BAGAIMANA KETURUNAN AKI SONDION BOLEH BERKAIT DENGAN AKI TUMUNDA?


Berdasarkan kajian salsilah yang dilakukan oleh saya sendiri (2001) (tetapi tidak lengkap) dan En. Charles K. dan Kee Roslee (2007) (kajian mereka ini boleh dianggap lengkap), dapat diperhatikan bahawa asal mula perkaitan kekeluargaan suku kaum kimaragang Tandek ialah di peringkat Aki Sandion B. ___ (Ketua Komuniti Di Tingkalanon) dan Aki Tumunda Bin Yungonit(Ketua komuniti di Salimandut/togomongis). Ini kerana kedua orang tokoh penting bangsa Kimragang ini "berbiras". Isteri mereka adalah adik beradik iaitu anak kepada "taki tagayo" (Moyang utama) iaitu Abaron Bin Bagu.
(Klik pada rajah untuk saiz lebih besar)
Kemudian, lahirlah generasi seterusnya yang mengembang dari satu genersi ke generasi selanjutnya. Berdasarkan kepada kajian tersebut juga didapati bahawa berlaku perkhawinan antara dua keturunan ini dari masa ke semasa, menyebabkan dua keluarga ini menjadi semakin rapat talian kekeluargaannya. Saya tidak mampu untuk menunjukkan keseluruhan/ secara spesifik salasilah yang lengkap kerana butirannya amat sukar untuk ditunjukkan. Bayangkanlah bagaimana memasukkan butiran tiap keluarga kita yang mencecah belasan ribu sekarang ini! Bagaimanapun kami akan berusaha terus untuk menjadikan salasilah keluarga besar ini menjadi kenyataan. Memadailah sejarah awal ini sebagai "pembuka minda" kita semua untuk menyedari betapa kita semua ini rupanya berkeluarga! (Tokow e' tokow)

Saturday, December 6, 2008

" Seorang kawan pernah melancong di Indonesia sekitar awal tahun 2000 dan kebetulan berjumpa dengan seorang paranormal di sana. Menurut paranormal itu, di Kota Marudu, hanya ada seorang yang boleh dianggap unggul tahap keilmuannya iaitu seorang wanita tua. Dusun bukan Islam. Seorang tua yang sudah mencapai umur ratusan tahun..."



Bagi yang mengerti, tentu dapat mengagak dengan tepat, siapakah wanita yang dimaksudkan. Saya fikir, orang yang dimaksudkan ialah "odu lombus - RANSAYING BT. POPONG (1864-2004). Beliau ini "intolu poki'an" (bahasa dusun yang bermaaksud tiga kali mendapat cucu-cicit). Dari aspek ini pun kita sudah dapat mengambarkan betapa lanjutnya usia "odu lombus" kita ini.



Berdasarkan salasilah, saya berpendapat beliau sezaman dengan Aki Sambion dan Panglima Tumunda, namun pastinya beliau ketika itu masih kecil. Dalam bahasa dusun - "nokokosup" (sempat hidup sezaman dengan seseorang). Berdasarkan fakta ini, kita dapat pula menganggarkan bahawa Aki Sambion dan Panglima Tumunda sekurang-kurangnya lahir lebih awal lagi iaitu sekitar awal 1800 M.



Tidak perlulah saya perincikan kehebatan ilmu Odu lombus ini. Orang Tandek khususnya bangsa Kimaragang cukup arif dengan kehebatannya. Yang ingin saya tonjolkan di sini ialah umurnya yang panjang. Sayang sekali bangsa Kimaragang ini gagal memperjuangkan kehebatan umurnya yang panjang. Jikalau diperjuangkan, tidak mustahil Odu Lombus ini layak dimasukkan dalam Rekod Dunia.



Pengajaran yang mesti kita ambil : kita mesti menonjolkan kehebatan insan yang memang layak ditonjolkan. Jangan kerana sifat dengki, cemburu, iri hati dan ego, kita sengaja menyembunyikan kebaikan/keunggulan seseorang, walhal orang itu boleh mengangkat martabat bangsa. FIKIRKANLAH...

Thursday, December 4, 2008

ANTARA TOKOH BUDAYA "BANSA KIMARAGANG"

(Saidin B. Masabun - Hadapan sekali)

Nama: Saidin B. Masabun (B. Ponggoron B. Panglima Tumunda)
Tahun Lahir: 1937
Kampung: Kg. Tingkalanon
Sekolah: GPS Tandek (sehingga darjah 5 sahaja kerana terpaksa berkerja sebagai buruh di Taritipan Estate untuk mendapatkan wang bagi menebus tanah yang hampir ditarik oleh pihak kerajaan (Inggeris) kerana gagal dijelaskan cukai tanah oleh orang tua beliau


Sejak kecil beliau suka bersendirian (tinggal seorang diri). Beliau suka berkarya, menuntut ilmu dan pernah mengarah persembahan drama pada era 60-an bertemakan "kobasanan do momogun" (kebudayaan momogun). Beliau telah menghasilkan beberapa karya berkitan aadat istidat, koleksi "tangon" (cerita rakyat), "sunda'at" (teka teki), "bo'or" (sejenis gurindam) dan koleksi jampi mantera momogun Kimaragang. En. Paul Kroger (Penyelidik bahasa dan budaya daripada Amerika Syarikat) menjadikan beliau sebagai antara rujukan utama tentang bahasa, cerita lagenda, budaya dan adat istiadat momogun Kimaragang. Beliau juga agak dikenali sebagai antara bomoh handalan Kimaragang khususnya sekitar tahun 1970-90n. Pada era ini jugalah beliau aktif melaksanakan/mengetuai acara-acara "keagamaan" pganisme di kampung. Keistimewaan ini mungkin diwarisi daripada nenek moyang sebelah ibu dan bapa. Sebgi contoh, ibunya - Runsiyin B. Ambuh merupakan antara generasi "bobolian" sekitar tahun 1970-80-an (semasa masih sihat). Dalam bidang politik, beliau antara pejuang parti USNO dan Berjaya yang setia.
Beliau memang sangat kuat berpegang kepada fahaman paganisme ("agama" nenek moyang) sehinggalah dlam usia 70-an sekarang barulah beliau mulai terbuka hati untuk beragama berpaksikan Tuhid (mengikuti agama anak-anaknya).


Atas dasar inilah maka beliau dianugerahkan "Tokoh Budaya Kimaragang" pada tahun 1999 bersempena Pesta Kaamatan peringkat kampung Tingkalanon.

Wednesday, December 3, 2008

TOKOH KIMARAGANG (ERA MODEN)

SAWATAN PANGAYAS TELAH PERGI, TAPI KEHEBATANNYA TINGGAL DI DALAM MINDA..."

Saya benar-benar tergamit untuk mengangkat kehebatan seorang lelaki bernama - "SAWATAN BIN PANGAYAS", yang baru meninggal sekitar jam 7 pm tadi. Apakah kehebatannya? - klik pada karikatur di atas. Baca. Pembaca akan tahu jawapannya.
Kepada anak-anak "Sawatan B. Pangayas", saya memohon maaf, manalah tahu sdr/i/tuan/puan tidak bersetuju paparan ini. Saya tak kisah. Saya berhak memuji insan yang amat saya hormati dan sanjungi dalam diam. Lelaki ini hebat kerana jarang sekali kita melihat "orang kuat" yang merendah diri (dalam istilah tasauf - tawadduk ?). Beliaulah contoh "orang kuat yang tidak menggunakan kekuatannya di tempat yang salah". Pendek kata dialah - "Orang Besi Mithali". Sama ada bangsa saya bersetuju atau tidak, saya dengan ini mengelar beliau "BADANG KIMARAGANG ERA MODEN" . Mungkin ada "BADANG" lain yang kurang senang, tapi siapakah "Badang Tandek" yang dapat menandingi sifat rendah diri dan lemah lembutnya kepada semua orang?...

Nota: Kepada anak-anak Sawatan Pangayas, "copy" lah sketch di atas. Saya hadiahkan untuk kalian sebagai kenang-kenangan terindah kalian kepada ayahanda tercinta. Sesungguhnya, aku jua mencintainya...

WIRA/TOKOH TERBILANG KIMARAGANG (SIRI II)

SAMBION BIN SANDION“BAPA KEPIMPINAN KIMARAGANG”Lahir sekitar awal tahun 1800-an berdasarkan fakta bahawa semasa era konfrantasi pahlawan Kulindod menentang British, beliau sudah agak tua. Merupakan ketua komuniti suku kaum Dusun Kimaragang sekitar kg. Tingkalanon dan Tandek. Menurut riwayat, susuk tubuh badan beliau agak sasa, tegap dan berisi. Beliau tidaklah terkenal dengan kegagahan fizikal tetapi sangat terkenal sebagai seorang “pemimpin” dan “diplomatic” pada zaman British tua (Zaman sebelum perang dunia I).Antara ketokohan beliau sebagai “susukuon” (tempat rujukan dan tempat meminta bantuan) ialah:1. Pernah menyelamatkan pahlawan Kulindod daripada hukuman gantung dalam perbicaraan di Tg. Batu, Tandek. Ini kerana pihak British memang hormat dan “tunduk” kepada kata-kata Aki Sambion selaku ketua masyarakat yang pandai berdiplomasi.2. Menjadi sahabat dan tempat rujukan oleh pihak British dalam hal-ehwal berkaitan adapt istiadat dan bilamana berlakunya konflik antara orang tempatan dengan pihak British. Beliau sering dipanggil ke Kudat (pusat pemerintahan British) jika ada perbicaraan besar.3. Merupakan pentadbir di pelabuhan kecil kg. Tingkalanon kerana pada Zamannya, kg. Tingkalanon merubkan “hub” kepada kawasan-kawasan lain di pedalaman. Ketika itu Pekan Tandek belum dibuka, jadi kampung Tingkalanon menjadi pusat pertembungan budaya dan perniagaan antara suku-kaum Bajau, suluk dengan masyarakat pribumi. Dari segi kepesatan penduduk dan ekonomi, Kg. Tingkalanon lebih membangun berbanding penempatan di Kg. Salimandut yang ditadbir oleh Panglima Tumunda B. Panglima Yungonit (ini kerana Kg. salimandut tidak strategi dari segi geografi sebagai pusat pertembungan budaya dan perniagaan ketika itu).4. Aki Sambion juga seorang yang diplomasi dan toleransi terhadap suku kaum Suluk dan Bajau yang beragama Islam. Ketika itu memang wujud suasana “panas” antara suku kaum pribumi dusun dengan suku kaum Suluk/Bajau, namun dengan kebijaksanaan dan sifat toleransi, beliau dapat menangani krisis ini daripada memuncak. Bahkan beliau merestui seorang ahli keluarganya berkhawin dengan wanita Bajau di Tandek Laut (kini generasi beliau berkembang sebagai kelompok suku kaum Bajau yang berjaya/intelek berbanding komuniti Bajau lain di kawasan Tandek).Menurut rekod, Aki Sambion mempunyai tiga orang isteri dan menghasilkan zuriat yang ramai dan seterusnya berkembang menjadi ribuan generasi keturunannya masa kini. Antara generasi pertama Aki Sambion yang cukup dikenali dalam masyarakatnya ialah:i. Sontiku b. Sambion ( daripada isteri pertama, Oyikan Bt. ___). Antara yang terkenal daripada generasi ini ialah Datuk Saibul Bin Supu Bin Sontiku, mantan ADUN N5 Tandek,ii. Pangayas b. Santiku (daripada isteri ketiga,Oyinon Bt.___). Antara yang terkenal daripada generasi ini ialah Sawatan Bin Pangayas dan Cikgu Sina Bt. Pangayas, yang terkenal dengan “kekuatan fizikal dan keilmuaan”. Juga Jakson Bin Sawatan, penulis peringkat kebangsaan/kakitangan BERNAMA, dll.iii. Manggion Bt. Sambion (daripada isteri kedua, Uning Bt.___). Keluarga ini mewarisi kepimpinan sebagai ketua kampung tingkalanon.

Nota: Kepada ahli waris terdekat AKI SAMBION B. AKI SANDION, jika ingin menelusuri dengan lebih terperinci tentang salasilah tuan/puan/sdr/I, sila berhubung dengan En. Charles Kuminding dan/atau En. Kee Roslee Kee Hj. Jalil. Mereka mempunyai dokumentasi separa lengkap tentang susur galur keturunan AKI SONDION.

NOTA: SAYA AMAT SEDIH DAN TERKEJUT BILA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAWATAN BIN PANGAYAS TELAH KEMBALI KEPADA YANG MAHA MENCIPTA SEKITAR JAM 7 (2/12/2008). SEDANGKAN ARTIKEL INI SAYA TULIS PAGI SEMALAM (2/11/2008). KEPADA KAUM KELUARGA PENAMA, SALAM TAKZIAH DARIPADA SAYA. SEMOGA BELIAU MENDAPAT RAHMAT-NYA. ARTIKEL RINGKAS INI SAYA DIDIKASIKAN KEPADA "SAWATAN B. PANGAYAS, "BADANG KIMARAGANG MODEN" (SAYA AKAN CERITAKAN TENTANG "ORANG KUAT" INI KEMUDIAN). Harap "Little Mike" Bin Sawatan Bin Pangayas (Pembaca tetap blog ini sabar dan menerima ketentuan Illahi dengan redha)

WIRA SILAM KIMARAGANG

Siri 1 : Panglima Tumunda B. Panglima Yungonit

Nama asalnya "Tumunda bin Panglima Yungonit". Berdasarkan anggaran, saya merasakan beliau lahir sekitar 1850-an atau mungkin lebih awal. Ramai yang berpendapat beliau bukan lahir di Tandek berdasarkan fakta bahawa beliau adalah penghijrah dan telahpun berumur semasa tiba di kg. Salimandut (telah mempunyai beberapa orang isteri di tempat lain sebelum berkahwin di Kg. Salimandut) . Atas sebab ini jugalah saya berpendapat bahawa tarikh kelahirannya mungkin di bawah tahun 1850-an. Apapun, saya harap tarikh lahir dan tarikh kematiannya, usahlah diperdebatkan secara berlebih-lebihan. Ada yang lebih penting untuk diketahui iaitu ketokohan dan keperwiraannya.Papatah Melayu menyatakan: "Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?" Seperti jua ayahandanya, berkat kehandalan dan kegagahannya serta "sumbangannya" kepada pihak British dalam "memerangi" lanun bolingingi di Teluk Marudu, beliau dianugerahkan (secara lisan?) oleh pihak British gelaran "Panglima". Beliau bukanlah "orang suruhan" British. Jauh sekali menjadi tali barut atau pengampu pihak penjajah. Saya fikir, beliau "memerangi" lanun bolingingi atas kehendak beliau sendiri yang berkemungkinan menganggu pelayaran beliau sebagai seorang yang suka mengembara di darat dan di lautan. Tidak mustahil juga beliau "melanun" pihak lanun itu sendiri? Biasalah. Bukankah itu adat dahulu kala? siapa pemenang sesuatu sayembara adu tenaga/ilmu, dialah yang lebih berhak memungut harta benda yang ada...(Tuhan saja yang Maha Mengetahui sejarah moyang saya/kami ini). Apapun, di mata pihak British, beliau "menyumbang" kepada keselamatan di perairan, maka itulah sebabnya mengapa beliau diberi anugerah gelaran "Panglima".Panglima Tumunda adalah penghijrah, lebih tepat lagi pengembara. Dipercayai berasal daripada petempatan di kawasan pesisir sungai Sonsogon dalam lingkungan daerah Pitas, Kota Marudu dan Sandakan. Dipercayai pernah mengembara melalui laut sehingga ke kepulauan Filipina, pesisir pantai timur hingga ke Sandakan dan pesisir pantai di Kudat dan Kota Belud.Kerana kehandalan dan wibawa yang ada pada beliau maka senanglah ia diterima oleh masyarakat/kelompok kecil suku kaum Kimaragang yang sedia ada di sekitar kawasan kg. Salimandut-kg. Nolotan (sekarang ini) sehinggakan beliau dilantik menjadi ketua komuniti (pangandalan atau wowoyo'on - bahasa Kimaragang) ketika itu.Antara sumbangan beliau kepada "perjuangan kebenaran" (?) pada zamannya ialah:1. Membantu pahlawan bernama "Kulindod" dalam beberapa siri peperangan di Pandasan, Kota Belud. (Nama kulindod ada tercatat dalam sejarah).2. Membantu Pahlawan "Sagunting" yang berpusat di Marak Parak, Kota Marudu untuk menangani persengketaan dengan Datu Unduk (Sagunting dan Datu Unduk tercatat dalam sejarah/Buku Teks).Agak menghairankan kerana beliau yang boleh dianggap setanding (mungkin juga lebih hebat) dengan Kulindod, Sagunting dan sebagainya tetapi tidak bangun menentang penjajah. Mengapa agaknya? Berkemungkinan beliau bukanlah seorang yang ingin dicanang sebagai wira atau pendekar. Dalam bahasa orang sekarang - "Tidak kejar glamour". Tapi pantang moyang saya/kita ini kalau dikacau, keluarlah "sisik tapuknya" (belangnya). Lihatlah apa yang berlaku kepada lanun-lanun Bolingingi yang cuba-cuba "mengusik" beliau di Teluk Marudu?Banyak yang "misteri" tentang lelaki pengembara ini, sehingga di akhir-akhir hayatnya beliau "melarikan" diri sehinggakan kematiannya dan makamnya tidak dapat dipastikan sehingga ke hari ini. Mengapa beliau berbuat demikian? Tuhan saja yang Maha Mengetahui asbabnya. Adapun "Tugu Peringatan Panglima Tumunda" yang ada di Kg. Salimandut (berhampiran SK. Salimandut) sekarang hanyalah "tugu" semata-mata.Banyak lagi lagenda yang boleh saya/kita tulis tentang moyang tercinta ini tapi dalam ruangan sekecil ini, memadailah catatan ini sebagai "Pembuka Minda" pembaca khususnya anak warisan Panglima Tumunda untuk terus menelusuri jejak sejarah seorang lelaki yang bukan hanya "tak lut dek senjata" tetapi diharap juga "tak luput dek zaman".

Sumber Rujukan:
1. Charles Kuminding & Kee Roslee, 2007. Dokumentasi "Tokow ' tokow" (belum diterbitkan) - atas izin.
2. Tokoh-tokoh budaya bangsa Kimaragang seperti Saidin B. Masabun, Majinau B. Injawan, Hj. Maralang bin Majun, Hj. Omar B. Majun (kesemua ini waris terdekat Panglima Tumunda), dan individu lain yang tidak dapat disenaraikan kesemuanya di sini.

SIAPAKAH ORANG/BANGSA KIMARAGANG?

Suku kaum Kimaragang adalah salah satu suku etnik di Sabah. Suku kaum ini mendominsikn kawasan N5 Tandek dengan saiz populsi dianggarkan sekitar 20,000. Berdasarkan sejarah, bangsa ini berhijrah daripada kawasan penempatan purba di Nunuk Ragang di sebelah daerah Sandakan, di percayai kawasan pesisir sungai sugut dan sonsogon. Pada asalnya mereka berhijrah dalam saiz yang kecil tetapi kemudiannya berkembang menjdi satu populasi berskala agk besar. Keunikannya ialah, hampir 99% komuniti ini adalah bersaudara kerana mengamalkan sistem perkhawinan dalam suku/keluarga. Berikut adalah maklumat tentang sosio-budaya-ekonomi suku ini:

1. Bahasa : Dusun Kimaragang
2. Ekonomi; Petani, kakitangan awam/swasta, buruh dan sebagainya.
3. Tarian : Mongigol & mangandak (tarian pinakang)
4. Muzik : Pinakang
5. Makanan tradisional: "linopot", "tonsom", "sinalau", dsb.

Berdasarkan kepada sejarah penemptan awal di Tandek pula, terdapat tiga penempatan awal iaitu Kg. Tingkalanon (sekitar tahun 1700), Kg. salimandut (sekitar awal tahun 1800 M) dan juga kg. Longob (sekitar akhir 1700 atau awal 1800). Tarikh sebenar dipercayai lebih awal kerana wujud penempatan awal dan tinggalan kuburan lama yang tidak dapat dikenalpasti empunyanya. Hanya kajian DNA yang mampu menjawab dengan tepat persoalan ini.

Sebagai maklumat awal dan umum, berikut saya kemukakan tokoh awal di tiga penemptan utama tadi:
1. Kg. Tingkalanon: Aki Sambion bin Sandion
2. Kg. Togomongis/Salimandut: Aki Tumunda Bin Yungonit
3. Kg. Longob: Aki Sumbol Bin ____

Saya akan siarkan riwayat serta ketokohan mereka ini dalam siri-siri berikutnya. (Riwayat tersebut sebenarnya telah disiarkan dalam "HMM" sebelum ini).

SIAPA PELOPOR ANUGERAH BANGSA KIMARAGANG???

Setiap bangsa di dunia ini seharusnya berbangga dengan identiti dan keunikan serta kekuatan bangsanya. Dan salah satu cara untuk mengekalkan jati diri dan rasa cinta itu ialah dengan mengenang kehebtan tokoh-tokoh serta mewujudkan anugerah yang sesuai agar "imej dan watak" bangsa itu boleh terus ditonjolkan.

Sekadar membetulkan fakta, ANDROD BIN SADIAN mungkin individu pertama kalangan bangsa Kimaragang Tandek (era moden) yang memikirkan dan mewujudkan (sekaligus menaja) anugerah (tidak berprestej dari segi hadiahnya tapi besar maknanya kepada pembangunan bangsa) yang bersifat "mengangkat imej seseorang tokoh dan bangsa kimaragang itu sendiri. Usaha ini berlaku pada tahun 1996/7 apabila saya menyelitkan Anugerah Kimragang dalam program Pesta Ka'amatan Peringkat Kg. Tingkalanon. Antara anugerah yang saya wujudkan ialah:

1. "Anugerah Tokoh Akademik Kimragang" - Penerima: Arwah Cikgu Makibin B. Bodok (Siswazah pertama kimaragang Tandek),
2. "Tokoh Budaya Kimaragang" - Penerima: En. Saidin Masabun (penulis cerita/artikel berkaitan Kimaragang. Pengamal Perubatan Tradisional Kimaragang. Pengarah lakonan drama Kimaragang sekitar 60-80an. Dan lain-lain keistimewaan berkaitan budaya bangsa).
3. "Tokoh Pertanian Kimaragang" - En. Maikol Tumarik (dipilih kerana ketika itu, beliau antara petani jaya dan aktif memajukan diri dalam pertanian separa moden).
4. "Tokoh Ibu Mithali Kimaragang" - Penerima: Arwah Ondiun@Fatimah Bt. Unggut (dikenali seantero Tandek sebagai ibu kimaragang yang berjaya memberi pendidikan terbaik kepada semua anak-anak sehingg berjaya. Tidak ada keluarga pada eranya yang dapat menandingi kejayaan Ondiun Unggut dan Kee Hj. Abd. Jalil (era 40an-80-an).

(Nota: Kebetulan semua penerimanya berasal dari kampung Tingkalanon. Ini kerana sebelum era tahun 90-an, Kg. Tingkalanon sememangnya kampung paling maju dan mengeluarkan modal insan yang lebih cemerlang. Ini disebabkan masyarakat setempat lebih dahulu terdedah kepada pendidikan. GPS tandek (1936/7) dibina/dibuka dalam lingkungan Kg. Tingkalanon. Semua YB/MP sejak era 1963-1990-an adalah penduduk/kelahiran Kg. Tingkalanon. Sekdar memberi beberapa contoh. Maka janganlah dianggap anugerah yang saya perkenalkan itu sekadar peringkat kampung Tingkalanon. Itu silap BESAR. Niat saya adalah untuk kesluruhan bangsa Kimaragang di seluruh Tandek. Cuma saja, keutamaan penerima hendaklah mengikut rangking dalam komuniti).

Sayang sekali, atas beberapa halangan yang tidak perlu saya nyatakan, maka penganugerhan seumpama ini tidak dapat diteruskan. Sehinggalah ada usaha individu/pihak tertentu untuk menghidupkannya semula tapi dalam bentuk, konsep dan cara berbeza. Tahniah! (Cuma sekadar memberi hadiah kepada pelajar Kimaragang yang cemerlang dalam SMP dan STPM, bagi saya itu perkara BIASA yang tidak perlu dianggap sebagai LUAR BIASA sehingga panggil wartawan dan masuk akhbar). Apapun, untuk bangsa tercinta ini, saya harap usaha yang pernah saya mulakan hendaklah diteruskan dan dipraktikkan konsepnya. Jangan sempitkan konsepnya. Dan paling penting, IKHLAS dalam memikirkan halatuju dan kemajuan bangsa...

ANUGERAH "PANGLIMA TUMUNDA"


DARJAT KEBESARAN "PANGLIMA TUMUNDA" WAJAR DIABADIKAN!

Ada individu pernah mengujudkan Darjat ini dan mengangkat dirinya sendiri sebagai penyandang. Satu usaha yang bagus tapi kurang manis. Kini ada individu lain yang berusaha untuk mendapatkan gelaran itu. Tahniah kerana mengakui "kebesaran" PANGLIMA TUMUNDA. Sebagai salah seorang pewaris terdekat PANGLIMA TUMUNDA yang prihatin dengan perkara ini, saya akan berusaha untuk mewujudkan mekanisme dan Panel Khas yang berautoriti, layak serta berhak untuk kami pilih siapakah yang patut kami berikan Darjat Kebesaran ini. Kami telah mengenalpasti waris-waris lelaki terdekat Panglima Tumunda untuk dibawa membincangkan perkara ini.

"WARIS" TERDEKAT (LELAKI) KETURUNAN PANGLIMA TUMUNDA
Setelah meneliti salasilah KETURUNAN PANGLIMA TUMUNDA (setakat yang dapat dikenalpasti) maka saya dapat mengetengahkan 7 lelaki veteran (masih hidup sehingga kini) yang boleh dianggap sebagai Waris Lelaki terdekat Panglima Tumunda. Pemilihan ini berdasarkan kepada konsep "pewarisan kebesaran/darjat" yang kebiasaanya menjurus kepada "kaum lelaki daripada pihak lelaki" dan juga mengambil kira senioriti umur. Saya hanya mengetengahkan seorang wakil bagi setiap "cabang akar keluarga" kerana jika saya masukkan semua waris, jumlahnya terlalu ramai untuk disenaraikan dan ini menyulitkan "perancangan keluarga".

Individu yang saya tampilkan sememngnya boleh dianggap sebagai "wakil bagi setiap cawangan/isteri" bagi Panglima Tumunda dan Generasi pertama beliau (mengikut salasilah yang telah dikenalpasti setakat ini).Individu tersebut ialah:
1. Hj. Muralang Bin Majun, Kg. Damai ( anak tertua Majun bin Lungkodon bin Tumunda. Majun adalah anak lelaki tunggal daripada 6 adik beradik)
2. Majinau Bin Injawan, Kg. Longob (Injawan Bin Ponggoron Bin Tumunda)
3. Saidin Bin Masabun, Kg. Tingkalanon (Anak tertua Masabun bin ponggoron bin Tumunda daripada beberapa orang isteri)
4. Dominic Bin Gorotom, Kg. Tingkalanon ( Anak tertua Gorotom Bin Ponggoron Bin Tumunda).
5. Janir Bin Jamari, Kg. Morion (Anak tertua daripada beberapa orang isteri NC Jamari Bin Ponggoron Bin Tumunda)
6. Karim Bin Tamingan, Kg. Garuda ( Anak tertua sebelah Uriying bt Ponggoron)7. Julung Bin Oguan, Kg. Parong ( Anak lelaki Oyi'in Bt Ponggoron Bin Tumunda).

*** Karim dan Julung adalah waris sebelah perempuan kepada Ponggoron Bin Tumunda.Nota:Panglima Tumunda mempunyai dua orang Isteri. Isteri pertama: Yugo Bt. Abaron. Anak tunggal: Lungkodon @ Arani B. Tumunda). Isteri kedua: Kokiban @ Uriying Bt. ____. 7 Anak: 2 Lelaki (Ponggoron dan Pamantug); 5 perempuan (Odoyo, Udowoy, Impayan, Okolou dan Osong).
8. Lain-lain waris lelaki daripada Aki Pamantug@suduk bin Ponggoron Bin Tumunda (sedang dikenalpaasti).

Perhatian: Kepada waris terdekat yang namanya tersebut tetapi ahli warisnya tidak tercatat, sila berhubung dengan saya atau Sdr. Charles (0198000196) atau Sdr. Kee Roslee (e-mail: http://www.isaipo@yahoo.com.my/) untuk tujuan kemas kini rekod. Harap maaf, setakat ini, hanya ini maklumat yang diperolehi walaupun telah berusaha keras untuk mengutip data. Kekurangan/kelemahan ini bukanlah disengajakan.

INGAT: Kada po rumasang. TOKOW E' TOKOW! Iti baru ponimpunaan. Setiap permulaan pasti ada silap dan kekurangan. Tapi langkah seribu batu bermula dari langkah pertama. Harus juga diingati : LANGKAH PERTAMA ITULAH SEJARAH. LANGKAH SERIBU BATU ITU ADALAH KEJAYAAN.

"JIKA BANGSA KIMARAGANG PERCAYAKAN SAYA, BERI SAYA PELUANG DAN MASA. INSYAALLAH SAYA DAN RAKAN-RAKAN AKAN MENGANGKAT BANGSA INI KE SATU TAHAP YANG BOLEH DIBANGGAKAN! MISOMPURU TOKOU!"