Thursday, December 4, 2008

ANTARA TOKOH BUDAYA "BANSA KIMARAGANG"

(Saidin B. Masabun - Hadapan sekali)

Nama: Saidin B. Masabun (B. Ponggoron B. Panglima Tumunda)
Tahun Lahir: 1937
Kampung: Kg. Tingkalanon
Sekolah: GPS Tandek (sehingga darjah 5 sahaja kerana terpaksa berkerja sebagai buruh di Taritipan Estate untuk mendapatkan wang bagi menebus tanah yang hampir ditarik oleh pihak kerajaan (Inggeris) kerana gagal dijelaskan cukai tanah oleh orang tua beliau


Sejak kecil beliau suka bersendirian (tinggal seorang diri). Beliau suka berkarya, menuntut ilmu dan pernah mengarah persembahan drama pada era 60-an bertemakan "kobasanan do momogun" (kebudayaan momogun). Beliau telah menghasilkan beberapa karya berkitan aadat istidat, koleksi "tangon" (cerita rakyat), "sunda'at" (teka teki), "bo'or" (sejenis gurindam) dan koleksi jampi mantera momogun Kimaragang. En. Paul Kroger (Penyelidik bahasa dan budaya daripada Amerika Syarikat) menjadikan beliau sebagai antara rujukan utama tentang bahasa, cerita lagenda, budaya dan adat istiadat momogun Kimaragang. Beliau juga agak dikenali sebagai antara bomoh handalan Kimaragang khususnya sekitar tahun 1970-90n. Pada era ini jugalah beliau aktif melaksanakan/mengetuai acara-acara "keagamaan" pganisme di kampung. Keistimewaan ini mungkin diwarisi daripada nenek moyang sebelah ibu dan bapa. Sebgi contoh, ibunya - Runsiyin B. Ambuh merupakan antara generasi "bobolian" sekitar tahun 1970-80-an (semasa masih sihat). Dalam bidang politik, beliau antara pejuang parti USNO dan Berjaya yang setia.
Beliau memang sangat kuat berpegang kepada fahaman paganisme ("agama" nenek moyang) sehinggalah dlam usia 70-an sekarang barulah beliau mulai terbuka hati untuk beragama berpaksikan Tuhid (mengikuti agama anak-anaknya).


Atas dasar inilah maka beliau dianugerahkan "Tokoh Budaya Kimaragang" pada tahun 1999 bersempena Pesta Kaamatan peringkat kampung Tingkalanon.

No comments: