Wednesday, December 3, 2008

WIRA/TOKOH TERBILANG KIMARAGANG (SIRI II)

SAMBION BIN SANDION“BAPA KEPIMPINAN KIMARAGANG”Lahir sekitar awal tahun 1800-an berdasarkan fakta bahawa semasa era konfrantasi pahlawan Kulindod menentang British, beliau sudah agak tua. Merupakan ketua komuniti suku kaum Dusun Kimaragang sekitar kg. Tingkalanon dan Tandek. Menurut riwayat, susuk tubuh badan beliau agak sasa, tegap dan berisi. Beliau tidaklah terkenal dengan kegagahan fizikal tetapi sangat terkenal sebagai seorang “pemimpin” dan “diplomatic” pada zaman British tua (Zaman sebelum perang dunia I).Antara ketokohan beliau sebagai “susukuon” (tempat rujukan dan tempat meminta bantuan) ialah:1. Pernah menyelamatkan pahlawan Kulindod daripada hukuman gantung dalam perbicaraan di Tg. Batu, Tandek. Ini kerana pihak British memang hormat dan “tunduk” kepada kata-kata Aki Sambion selaku ketua masyarakat yang pandai berdiplomasi.2. Menjadi sahabat dan tempat rujukan oleh pihak British dalam hal-ehwal berkaitan adapt istiadat dan bilamana berlakunya konflik antara orang tempatan dengan pihak British. Beliau sering dipanggil ke Kudat (pusat pemerintahan British) jika ada perbicaraan besar.3. Merupakan pentadbir di pelabuhan kecil kg. Tingkalanon kerana pada Zamannya, kg. Tingkalanon merubkan “hub” kepada kawasan-kawasan lain di pedalaman. Ketika itu Pekan Tandek belum dibuka, jadi kampung Tingkalanon menjadi pusat pertembungan budaya dan perniagaan antara suku-kaum Bajau, suluk dengan masyarakat pribumi. Dari segi kepesatan penduduk dan ekonomi, Kg. Tingkalanon lebih membangun berbanding penempatan di Kg. Salimandut yang ditadbir oleh Panglima Tumunda B. Panglima Yungonit (ini kerana Kg. salimandut tidak strategi dari segi geografi sebagai pusat pertembungan budaya dan perniagaan ketika itu).4. Aki Sambion juga seorang yang diplomasi dan toleransi terhadap suku kaum Suluk dan Bajau yang beragama Islam. Ketika itu memang wujud suasana “panas” antara suku kaum pribumi dusun dengan suku kaum Suluk/Bajau, namun dengan kebijaksanaan dan sifat toleransi, beliau dapat menangani krisis ini daripada memuncak. Bahkan beliau merestui seorang ahli keluarganya berkhawin dengan wanita Bajau di Tandek Laut (kini generasi beliau berkembang sebagai kelompok suku kaum Bajau yang berjaya/intelek berbanding komuniti Bajau lain di kawasan Tandek).Menurut rekod, Aki Sambion mempunyai tiga orang isteri dan menghasilkan zuriat yang ramai dan seterusnya berkembang menjadi ribuan generasi keturunannya masa kini. Antara generasi pertama Aki Sambion yang cukup dikenali dalam masyarakatnya ialah:i. Sontiku b. Sambion ( daripada isteri pertama, Oyikan Bt. ___). Antara yang terkenal daripada generasi ini ialah Datuk Saibul Bin Supu Bin Sontiku, mantan ADUN N5 Tandek,ii. Pangayas b. Santiku (daripada isteri ketiga,Oyinon Bt.___). Antara yang terkenal daripada generasi ini ialah Sawatan Bin Pangayas dan Cikgu Sina Bt. Pangayas, yang terkenal dengan “kekuatan fizikal dan keilmuaan”. Juga Jakson Bin Sawatan, penulis peringkat kebangsaan/kakitangan BERNAMA, dll.iii. Manggion Bt. Sambion (daripada isteri kedua, Uning Bt.___). Keluarga ini mewarisi kepimpinan sebagai ketua kampung tingkalanon.

Nota: Kepada ahli waris terdekat AKI SAMBION B. AKI SANDION, jika ingin menelusuri dengan lebih terperinci tentang salasilah tuan/puan/sdr/I, sila berhubung dengan En. Charles Kuminding dan/atau En. Kee Roslee Kee Hj. Jalil. Mereka mempunyai dokumentasi separa lengkap tentang susur galur keturunan AKI SONDION.

NOTA: SAYA AMAT SEDIH DAN TERKEJUT BILA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAWATAN BIN PANGAYAS TELAH KEMBALI KEPADA YANG MAHA MENCIPTA SEKITAR JAM 7 (2/12/2008). SEDANGKAN ARTIKEL INI SAYA TULIS PAGI SEMALAM (2/11/2008). KEPADA KAUM KELUARGA PENAMA, SALAM TAKZIAH DARIPADA SAYA. SEMOGA BELIAU MENDAPAT RAHMAT-NYA. ARTIKEL RINGKAS INI SAYA DIDIKASIKAN KEPADA "SAWATAN B. PANGAYAS, "BADANG KIMARAGANG MODEN" (SAYA AKAN CERITAKAN TENTANG "ORANG KUAT" INI KEMUDIAN). Harap "Little Mike" Bin Sawatan Bin Pangayas (Pembaca tetap blog ini sabar dan menerima ketentuan Illahi dengan redha)

8 comments:

Paranakan said...

Sanguru, sungguh menarik kisah tokoh terbilang Kimaragang bernama Sambion. Bukan sahaja menjadi tokoh kaum Kimaragang di zaman nya, bahkan juga begitu toleran dengan suku kaum Bajau di Tandek. Saya ingin tahu siapakah seorang bangsa Kimaragang yang direstui beliau berkahwin dengan perempuan Bajau di Tandek Laut, dan siapakah nama perempuan Bajau tersebut?
Jika betul tekaan saya, maka kita ini " Tokou Eh Tokou ". Tahniah dan syabas atas usaha Sanguru melahirkan banyak laman blog yang saya lihat yang terbaik di kawasan Tandek ini.

MUFAKIRALAM said...

ya. saya kenal sanguru...usaha yang murni. Bangsanya harus berterima kasih dengan apa yang ia perbuat...

BUNG ADI said...

Paranakan, saya sedang menyelidik...

Unknown said...

sungguh menarik... tahniah ..teruskan

Unknown said...

PENDIDIKAN YANG TEPAT
Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia itu sendiri iaitu roh, juga disebut sebagai sains kerohanian (spiritual science).

Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.

Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Persoalan sembahyang adalah tanggungjawab yang berat yang telah diamanahkan kepada ibu bapa.

Oleh kerana persoalan sembahyang itu amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga. Kalau sembahyang tidak dapat didisiplinkan, kehidupan keluarga akan menjadi kucar-kacir dan berterabur. Sembahyang yang disusun atur dan diprogramkan secara berjemaah merupakan satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana ia mendedahkan mereka kepada perkara yang dipandang tinggi, besar dan agung oleh Rasulullah SAW dan oleh Allah SWT. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.

Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah siswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.

Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negara. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dan situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui pendidikan praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika pendidikan praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.

Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam di dunia yang mempunyai 40 buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya. Mengapa perkara sebesar sistem pendidikan bagi umat Islam yang boleh memperkasakan umat Islam tidak dikaji? Sepatutnya para pemimpin Islam bersidang dan berbincang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan sekadar memikirkan tentang perkara yang remeh-temeh sahaja yang sekadar memenuhi keperluan fizikal, akal dan nafsu semata-mata.

Babulang said...
This comment has been removed by the author.
Babulang said...

Siapa bapa kepada Sandion? Sandion dan Lasig orang yang samakah? Pernah juga Sina Pangayas bercerita tentang Sambion. Di mata saya beliau adalah orang terhormat. Semua kualiti seorang manusia ada padanya tetapi saya terlopong apabila Sina Pangayas mengakhiri ceritanya, "Kita tidak layak menulis nama Sambion di hujung nama kita kerana 'kegasaban' kita. Kita hanya menghina dia sebagai orang yang dihormati" Babanar ih gima, '____ ____ Sambion' minanakau sien duo nopod sien ka. Mongimamalu nopo dot ngaran dot komolengan.

Babulang said...

Pangayas B.Sambion....
Sambion B. Sandion
Sandion B. Lasig

hehehe... Siapa cakap Sina Pangayas kuat 'keilmuan'...tiada apa-apa. Kuat fizikal betullah boleh angkat 1 karung padi.

hehehe... Kenali Sina Pangayas baru tahu emas kah gangsa. Menurut saya beliau hanyalah gangsa.