Friday, December 12, 2008

AKI PAMANSAH B. YUNGONIT : PENGEMBANG KIMARAGANG

AKI Pamansah merupakan adik kepada Aki Tumunda (Lihat carta salasilah dalam entri sebelum ini). Beliau telah berhjrah ke kawasan lain (kemungkinan besar di Koromoko/Tg. Batu Darat) kerana diarahkan oleh bapa beliau , Panglima Yungonit.

Pembaca tahu kenapa? Kerana Aki Tumunda, Aki Pamansah dan Aki Badur "umpama kucing dengan anjing" - tidak boleh duduk bersama kerana masing-masing ada kehandalan dan cenderung untuk menjadi ketua, atau dalam istilah Kimaragang "mialib-alib" (masing-masing ingin tunjuk handal). Memandangkan Aki Tumunda lebih tua dan menggantikan tempat ayahandanya sebagai ketua komuniti ketika itu maka haruslah adik beradiknya mencari "tapak" baru untuk menjadi ketua. Mungkin ada sebab lain namun hanya inilah maklumat yang dapat diperolehi daripada sumber-sumber yang ada. Kimarangang kata; "ara'at ong wa'walon" (tidak baik, membuat-buat cerita)

Maka berhijrahlah Aki Pamansah ke Koromoko manakala Aki Badur berhijrah ke Brunei. Saya akan ceritakan tentang Aki Badur dalam entri selanjutnya. Berbalik kepada Aki Pamansah, beliau telah berkhawin dengan wanita yang kami belum ketahui namanya. Beliau mendapat anak lelaki dinamakan Pandasar@Sorotula. Pandasar mempunyai empat anak iaitu:

1. Adun @ Abidin B. Pandasar (1900-1975)
2. Panangah B. Pandasar
3. Joling B. Pandasar
4. Odo Bt. Pandasar

Maka dari empat penama di atas inilah bermulanya pengembangan komuniti Kimaragang di sekitar kampung koromoko, tanjung batu darat, marasinsim dan bahagian-bahagian lain di sebelah Pitas. Berdasarkan kepada fakta ini maka tidak keterlaluan jika saya namakan AKI PAMANSAH sebagai "PENGEMBANG BANSA KIMARAGANG" , kerana jika beliau tidak berhijrah dari Kg. Salimandut, sudah barang tentu komuniti Kimaragang tidak berkembang keluar sehingga ke daerah Pitas. Itulah hikmahnya "kucing dan anjing" tidak boleh bersatu.

Saya harap selepas mukadimah salasilah Aki Pamansah ini dibaca oleh kaum Kimaragang Tandek, haruslah sedar bahawa salasilah keluarga kita memang sangat besar. Ingat satu perkara: "TOKOW E' TOKOW"...

Nota: Salasilah di atas hanyalah pendahuluan/pengenalan kepada salasilah Aki Pamansah. Maklumat lanjut mengenai salasilah tersebut sila rujuk En. Charles K. & Kee Roslee Hj. Jalil. Mereka mempunyai senarai yang hampir lengkap (sehingga generasi ke-3/4 Aki Pamansah).

7 comments:

NONG said...

Saya pernah minta salasilah keturunan Panglima Aki Tumunda daripada En.Albert @ Surubi Adun (Longob)pada tahun 1994 nga saya telah menghilangkannya dengan tidak sengaja...

Saya akan minta daripada beliau balik..harap2 itu tulisan masih jelas..sebab masa saya salin dulu,kurang jelas sudah itu tulisan...

Apa pun Tugu Panglima Aki Tumunda ada di Kg.Salimandut berhampiran dengan SK.Tumunda Salimandut.

Power Of Aki Tumunda

Tahniah diti blog nu Sanguru..

Al Kahfi Group said...

tahniah

Yoyoku beti... said...

Maaf!nama yang di sebut tadi sebagai aki Pandasar,yang sebenarnya aki panasar.saya sohorkan,bertanyalah pada orang kampung korumoko atau orang tanjung batu darat.dapatkan info sebenar-benarnya..tiada yang benar selain dari yang benar belaka..jumpa dengan ketua kampung dan bertanya pada orang yang tahu..jangan main tembak sahaja.kelak kita tak dapat info yang sebenar...maaf sekali lagi...

sakag mantakag said...

Sakag @ mantakag tak kisahlah nama apa yang penting kita berasal sakag Adam As. Juga nama manusia ini tak akan kekal di dunia so apa yang di bangga-bangakan nama sakag bukan boleh membantu kita masuk sorga. Komen ini untuk orang bodoh seperti nya yang berbangga keturunan. Keturunan apa poralah.

Unknown said...

Tidak salah cari susur jalur.. keluarga .agama tidak mengajar umatnya membodoh orang jangan mengaku sakag adam as kalau memperbodohkan saudara full stop.