Tuesday, December 23, 2008

BETULKAN PEMIKIRANMU BANGSA KIMARAGANG...

Bangsa Kimargang khususnya di Tandek mempunyai potensi besar untuk maju kalau setiap orang yang berkedudukan, berpendidikan, berpangkat dan kekeupayaan sama-sama menabur bakti. Tak kisahlah melalui persatuan atau secara solo.

Kesilapan bangsa ini ialah persepsi yang kurang tepat tentang bakti. Ramai kawan-kawan cendikiawan saya berkata:

1. Bangsa ini hanya boleh maju kalau bersatu (ikut di bawah kangkang saya - ini yang tersirat dalam hati dan perjuangannya). Jangan tubuh banyak persatuan, katanya. Cukup satu persatuan saja! (Tapi bila ditanya pasal kemungkinan perubahan kepimpinan persatuan. Dia tidak senang pula! - maca mana kaum muda cendikiawan tertarik hati menyertai?)

Komen saya setelah cuba bantu gerakan ini: ternyata yang bercakap itu pelajarannya memang tinggi. egonya pun tinggi. Impiannya pun tinggi. Dia fikir dialah paling bijak dalam bangsanya. Silapnya, saya tengok, dia sebenarnya belum cukup tajam mindanya tentang pemikiran pembangunan bangsa. Dia baru terjun dalam dunia pemikiran mengenai bangsanya. Biasalah orang baru kalau tergesa-gesa nak jadi "leader", nak jadi hero, maka tahap pemikirannya biasanya rendah. Ideanya pula tidak praktikal kerana tak cukup memahami sesuatu isu/masalah. Maklumlah....jarang-jarang balik kampung. Memerap di pejabat hawa dingin sahaja.

2. Ada pula yang berkata: kita hanya boleh maju kalau orang kita jadi YB.
Komen saya: Saya setuju. Bangsa maju dipimpin bangsanya sendiri.

Tapi kenapa bila parti tak beri peluang kepada orang/bangsa yang lebih berhak, maka golongan ini "YES SIR" saja? Mereka tetap sokong dan pendamkan ketidakadilan . Tak berani beri pandangan/kritikan kepada presiden/tim. presiden parti. Alasan mereka: apa boleh buat ini pilihan presiden parti kesayangan kita! Orang-orang ini lebih sayang parti dari bangsanya sendiri. Maka, sehingga kini, bangsanya tidak dipimpin bangsa sendiri yang jauh lebih berkebolehan. Maksud saya, golongan ini rupa-rupanya RAJA PENGECUT, RAJA PENGAMPU, BUKANNYA RAJA KIMARAGANG. Cuba lihat negeri lain yang berani. Mereka lebih maju. Mereka dihormati dan digeruni.

Ringkasnya, kalau bangsa ini betul-betul mau maju dan bermaruah. Kesilapan di atas mestilah diperbaiki. Syor saya ringkas tapi mungkin pahit ditelan oleh para cendikiawan dan orang-orang politik:

1. Bersatu tak semestinya satu persatuan. Buat apa satu persatuan kalau tidak bersatu? Syor saya: buatlah seberapa banyak persatuan. Setiap persatuan buatlah aktiviti yang boleh membangunkan minda bangsa dan tahap sosio-ekonomi bangsa. Mengapa mesti tkut kawan lain buat persatuan? Hmm...anda takut hilang sokongan? KARUT BETUL AWAK INI! Asyik fikir pasal politik, pasal mau jadi RAJA KIMARAGANG, pasal mau jadi ketua, mau jadi bakal calon.

Pengalaman saya memimpin NGO Sabah menyedarkan saya betapa kurangnya persatuan aktif di Kota Marudu apa lagi di Tandek. Malu saya! Di daerah lain, mereka boleh hantar lebih dari 10 persatuan bernaung dalam kumpulan kami. Kota Marudu hanya dapat hantar dua persatuan!

Kepada yang begitu ghirah nak jadi "Reformer" bangsa, pandangan saya: eloklah matangkan dulu diri. Jangan kerana anda tuan pengarah atau ada Phd maka rasa diri mesti jadi leader, terus angkat diri jadi leader. Jangan! Jangan terus-terus turun padang dan arah orang ikut dia, buat itu ini. JANGAN BUAT LAWAK. BIKIN MUNDUR BANGSA! Belajarlah merendah diri dan bersedia jadi pembantu walaupun sekadar ahli biasa. TIRU MACAMM SAYA - sanggup bantu apa saja persatuan, walaupun sekadar tukang susun-susun kerusi meja saja. (Maaf, agak "minta puji". Saya dah lama geram tengok gelagat kawan-kawan cendikiawan/berkedudukan yang BERFIKIRAN BESAR tapi BERJIWA KECIL).

2. Bangsa ini mesti desak dan tunjukkan kuasa bangsa kepada mana-mana presiden parti agar pilih calon dari bangsa anda. Anda adalah majoriti di Tandek! Itu hak anda. Tuhan pun mengutus nabi di kalangan bangsanya sendiri. Semulia-mulia Nabi Muhammad, beliau tetap tidak diutuskan kepada Bani Israil kerana bangsa Nabi Muhammad adalah arab Mekah. Faham maksud saya? Jika sekiranya prti tidak dengar cakap anda, dan tidak hormati hak-hak anda, maka anda mesti tunjukkan/guna KUASA RAKYAT. Anda tidak BERDOSA jika berbuat demikian. Berani kerana benar dan kerana memperjuangkan hak dan kebenaran. Kalau ini dapat diaplikasi oleh bangsa anda, KIMARAGANG AKAN MAJU BERMARUAH! Ingat, selagi anda pengecut, selagi itu anda senang diperkotak-katikkan macam buah catur!

HMM...apakah aku keterlaluan? Maaf, aku terlalu lama menyimpan geram dan simpati kepada bangsaku yang terjajah mindanya. Harapkan pagar pagar makan padi. Si pengail yang jorannnya panjang sejengkal, terus menduga lautan dalam! Yang berkurap mengaku dia malaikat! Sang berani sebelum pilihanraya jadi RAJA PENGAMPU semasa kempen. Yang mengaku RAJA KIMARAGANG, tau-tau menjual nama bangsanya untuk menyakitkan hati pucuk pimpinan parti. Hujung-hujung KIMRAGANG JADI MACAM 'MARAGANG"...

3 comments:

Nunu Nopolah said...

Saudara, semenjak dua menjak awal tahun 2009 ini, saya baru dapat rasakan apa yang saudara 'cakap' di sini.

Saya bukanlah orang yang berpengaruh. Saya memandang dari jauh bagaimana gopohnya orang-orang Kimaragang membuat sesuatu yang 'tidak patut'.

Saya tidak faham dan terkejut dengan situasi orang-orang yang aktif sini-sana, omong kosong tetapi tengok-tengok memperjuangkan hak 'manusia' lain dan bukan Kimaragang.

Orang-Orang kimaragang yang sendiri buat hal kepada bangsa sendiri.

Saya sendiri MENGINGATKAN DIRI SAYA SENDIRI.

Orang-orang yang makan cili dia
yang rasa pedas!

Peace

Yoyoku beti... said...

Tulun ugu keti oi cikgu,a'luk losodon ad bawang dat tandik...aso susunduwan dot kimaragang ad ginawo..

Yoyoku beti... said...

Tulun ugu keti oi cikgu,a'luk losodon ad bawang dat tandik...aso susunduwan dot kimaragang ad ginawo..