Wednesday, December 3, 2008

SIAPA PELOPOR ANUGERAH BANGSA KIMARAGANG???

Setiap bangsa di dunia ini seharusnya berbangga dengan identiti dan keunikan serta kekuatan bangsanya. Dan salah satu cara untuk mengekalkan jati diri dan rasa cinta itu ialah dengan mengenang kehebtan tokoh-tokoh serta mewujudkan anugerah yang sesuai agar "imej dan watak" bangsa itu boleh terus ditonjolkan.

Sekadar membetulkan fakta, ANDROD BIN SADIAN mungkin individu pertama kalangan bangsa Kimaragang Tandek (era moden) yang memikirkan dan mewujudkan (sekaligus menaja) anugerah (tidak berprestej dari segi hadiahnya tapi besar maknanya kepada pembangunan bangsa) yang bersifat "mengangkat imej seseorang tokoh dan bangsa kimaragang itu sendiri. Usaha ini berlaku pada tahun 1996/7 apabila saya menyelitkan Anugerah Kimragang dalam program Pesta Ka'amatan Peringkat Kg. Tingkalanon. Antara anugerah yang saya wujudkan ialah:

1. "Anugerah Tokoh Akademik Kimragang" - Penerima: Arwah Cikgu Makibin B. Bodok (Siswazah pertama kimaragang Tandek),
2. "Tokoh Budaya Kimaragang" - Penerima: En. Saidin Masabun (penulis cerita/artikel berkaitan Kimaragang. Pengamal Perubatan Tradisional Kimaragang. Pengarah lakonan drama Kimaragang sekitar 60-80an. Dan lain-lain keistimewaan berkaitan budaya bangsa).
3. "Tokoh Pertanian Kimaragang" - En. Maikol Tumarik (dipilih kerana ketika itu, beliau antara petani jaya dan aktif memajukan diri dalam pertanian separa moden).
4. "Tokoh Ibu Mithali Kimaragang" - Penerima: Arwah Ondiun@Fatimah Bt. Unggut (dikenali seantero Tandek sebagai ibu kimaragang yang berjaya memberi pendidikan terbaik kepada semua anak-anak sehingg berjaya. Tidak ada keluarga pada eranya yang dapat menandingi kejayaan Ondiun Unggut dan Kee Hj. Abd. Jalil (era 40an-80-an).

(Nota: Kebetulan semua penerimanya berasal dari kampung Tingkalanon. Ini kerana sebelum era tahun 90-an, Kg. Tingkalanon sememangnya kampung paling maju dan mengeluarkan modal insan yang lebih cemerlang. Ini disebabkan masyarakat setempat lebih dahulu terdedah kepada pendidikan. GPS tandek (1936/7) dibina/dibuka dalam lingkungan Kg. Tingkalanon. Semua YB/MP sejak era 1963-1990-an adalah penduduk/kelahiran Kg. Tingkalanon. Sekdar memberi beberapa contoh. Maka janganlah dianggap anugerah yang saya perkenalkan itu sekadar peringkat kampung Tingkalanon. Itu silap BESAR. Niat saya adalah untuk kesluruhan bangsa Kimaragang di seluruh Tandek. Cuma saja, keutamaan penerima hendaklah mengikut rangking dalam komuniti).

Sayang sekali, atas beberapa halangan yang tidak perlu saya nyatakan, maka penganugerhan seumpama ini tidak dapat diteruskan. Sehinggalah ada usaha individu/pihak tertentu untuk menghidupkannya semula tapi dalam bentuk, konsep dan cara berbeza. Tahniah! (Cuma sekadar memberi hadiah kepada pelajar Kimaragang yang cemerlang dalam SMP dan STPM, bagi saya itu perkara BIASA yang tidak perlu dianggap sebagai LUAR BIASA sehingga panggil wartawan dan masuk akhbar). Apapun, untuk bangsa tercinta ini, saya harap usaha yang pernah saya mulakan hendaklah diteruskan dan dipraktikkan konsepnya. Jangan sempitkan konsepnya. Dan paling penting, IKHLAS dalam memikirkan halatuju dan kemajuan bangsa...

No comments: