Monday, December 15, 2008

ODU KOLINZIM BT. SONDIGIT, WIRAWATI KIMARAGANG


Odu Kolinjim Bt. Sondigot lahir sekitar awal tahun 1800 di kampung Longob Tandek. Menurut cerita daripada Odu Kolinjim yang diceritakan oleh cicit beliau En. Molidang (temuramah pada 15/12/2008 di rumah beliau di Longob), datuk Odu Kolinjim berketurunan Suluk.
Ketokohan Odu Kolinjim ialah dari segi kebolehannya sebagai jurubicara/hakim dalam maasalah berkaitan komuniti setempat. Beliau juga merupakan ketua adat dan ketua kampung di zamannya. Ini menyebabkan beliau turut terkenal di kalangan pembesar Inggeris. Selain daripada kemampuannya menjatuhkan hukuman secara adil dan muktamad, beliau juga digeruni serta dipatuhi (dalam bahasa Dusun Kimaragang - "karanakan"). Dikalangan ketua-ketua kampung lelaki pun turut mmenghormati keputusan beliau sehinggakan ada kes-kes tertentu yang terpaksa menunggu keputusan daripada Odu Kolinjim.
Satu lagi keistimewaan Odu Kolinjim ialah keberanian luar biasanya sama ada menghadappi orang-orang besar atau para penduduk kampung yang "besar kepala". Diriwayatkan, bila beliau marah, beliau akan mencabut kuku jarinya di hadapan orang sebelum menjatuhkan hukuman. Beliau pernah menghadap Syarif Osman di kubu/kota Syarif Osman di Marudu Laut, kerana tidak berpuas hati dengan perilaku orang bawahan Syarif Osman yang tidak sopan. Syarif Osman sendiripun "kecut" bila berhadapan dengan Odu Kolinjim kerana ada "aura" istimewa. Odu Kolinjim juga bersahabat dengan Datu Unduk (pembesar kesultanan Sulu yang berpusat di Sg. Selaping, dekat SMK Kota Marudu II sekarang). Diceritakan bahawa Odu Kolinjim pernah menyelamatkan Datu Unduk daripada dihukum oleh pihak Inggeris.
Apakah barang "istimewa" kepunyaan Odu Kolinjim yang dipercayai memberikan "aura" tambahan? Dipercayai Keris/Pisau pendek warisan nenek moyang Odu Kolinjim (lihat gambar) merupakan salah satu barang yang mempunyai aura. Setiap kali Odu Kolinjim berjalan untuk urusan penting, beliau akan membawa senjata kecil ini. Selain itu, Odu Kolinjim juga memiliki barang dikenali "kepala naga" tetapi dipinjam oleh Datu Unduk (sehingga kini tidak dikembalikan).
Odu Kolinjim meninggal pada awal tahun 1900 dan kuburannya kini di Mosolog (tanah persendirian yang kini dimiliki oleh En. Dangus B. Aby). Diriwayatkan bahawa Odu Kolinjim pernah berkata: "akan timbul wanita hebat seumpamanya dikalangan keturunannya yang ketujuh". Siapakah wanita itu? Sama-sama kita nantikan...

5 comments:

Raja Mogudan said...

saya tau sepa wanita tersebut tetapi saya tidak boleh pecahkan rahsia -:)

Anonymous said...

dulu masa budak2 kami tinggal dgn tok aki Abi@Aby d kg masolog. d khabarkan ada 1 kuburan milik seseorang terletak dalam tanah milik pakcik dangus, apakah itu milik odu kolinzim? mungkin juga... masa budak2 dulu, bila melalui tempat itu, mesti terasa seram semacam...

Nunu Nopolah said...

ada seorang anak buah saya yg suka cabut kuku tapi dia bukan dari keturunan odu kolinzim haha dan dia ni lemah lembut orangnya dan dia bukan keturunan ketujuh..cerita yg begitu menarik!

Yoyoku beti... said...

Semoga tapak perkuburan odu Kolinjim terpelihara selalu...

fagenmabe said...

NJ speeds up slots, launches new slot machines in NYC
A new version of the 부산광역 출장마사지 Super 8 slot game from Virgin Games was 강릉 출장안마 released Friday, with 8 spinning reels and four- Feb 12, 남양주 출장안마 2021 충청북도 출장마사지 · Uploaded by JT 이천 출장안마 Marriott