Tuesday, December 23, 2008

BETULKAN PEMIKIRANMU BANGSA KIMARAGANG...

Bangsa Kimargang khususnya di Tandek mempunyai potensi besar untuk maju kalau setiap orang yang berkedudukan, berpendidikan, berpangkat dan kekeupayaan sama-sama menabur bakti. Tak kisahlah melalui persatuan atau secara solo.

Kesilapan bangsa ini ialah persepsi yang kurang tepat tentang bakti. Ramai kawan-kawan cendikiawan saya berkata:

1. Bangsa ini hanya boleh maju kalau bersatu (ikut di bawah kangkang saya - ini yang tersirat dalam hati dan perjuangannya). Jangan tubuh banyak persatuan, katanya. Cukup satu persatuan saja! (Tapi bila ditanya pasal kemungkinan perubahan kepimpinan persatuan. Dia tidak senang pula! - maca mana kaum muda cendikiawan tertarik hati menyertai?)

Komen saya setelah cuba bantu gerakan ini: ternyata yang bercakap itu pelajarannya memang tinggi. egonya pun tinggi. Impiannya pun tinggi. Dia fikir dialah paling bijak dalam bangsanya. Silapnya, saya tengok, dia sebenarnya belum cukup tajam mindanya tentang pemikiran pembangunan bangsa. Dia baru terjun dalam dunia pemikiran mengenai bangsanya. Biasalah orang baru kalau tergesa-gesa nak jadi "leader", nak jadi hero, maka tahap pemikirannya biasanya rendah. Ideanya pula tidak praktikal kerana tak cukup memahami sesuatu isu/masalah. Maklumlah....jarang-jarang balik kampung. Memerap di pejabat hawa dingin sahaja.

2. Ada pula yang berkata: kita hanya boleh maju kalau orang kita jadi YB.
Komen saya: Saya setuju. Bangsa maju dipimpin bangsanya sendiri.

Tapi kenapa bila parti tak beri peluang kepada orang/bangsa yang lebih berhak, maka golongan ini "YES SIR" saja? Mereka tetap sokong dan pendamkan ketidakadilan . Tak berani beri pandangan/kritikan kepada presiden/tim. presiden parti. Alasan mereka: apa boleh buat ini pilihan presiden parti kesayangan kita! Orang-orang ini lebih sayang parti dari bangsanya sendiri. Maka, sehingga kini, bangsanya tidak dipimpin bangsa sendiri yang jauh lebih berkebolehan. Maksud saya, golongan ini rupa-rupanya RAJA PENGECUT, RAJA PENGAMPU, BUKANNYA RAJA KIMARAGANG. Cuba lihat negeri lain yang berani. Mereka lebih maju. Mereka dihormati dan digeruni.

Ringkasnya, kalau bangsa ini betul-betul mau maju dan bermaruah. Kesilapan di atas mestilah diperbaiki. Syor saya ringkas tapi mungkin pahit ditelan oleh para cendikiawan dan orang-orang politik:

1. Bersatu tak semestinya satu persatuan. Buat apa satu persatuan kalau tidak bersatu? Syor saya: buatlah seberapa banyak persatuan. Setiap persatuan buatlah aktiviti yang boleh membangunkan minda bangsa dan tahap sosio-ekonomi bangsa. Mengapa mesti tkut kawan lain buat persatuan? Hmm...anda takut hilang sokongan? KARUT BETUL AWAK INI! Asyik fikir pasal politik, pasal mau jadi RAJA KIMARAGANG, pasal mau jadi ketua, mau jadi bakal calon.

Pengalaman saya memimpin NGO Sabah menyedarkan saya betapa kurangnya persatuan aktif di Kota Marudu apa lagi di Tandek. Malu saya! Di daerah lain, mereka boleh hantar lebih dari 10 persatuan bernaung dalam kumpulan kami. Kota Marudu hanya dapat hantar dua persatuan!

Kepada yang begitu ghirah nak jadi "Reformer" bangsa, pandangan saya: eloklah matangkan dulu diri. Jangan kerana anda tuan pengarah atau ada Phd maka rasa diri mesti jadi leader, terus angkat diri jadi leader. Jangan! Jangan terus-terus turun padang dan arah orang ikut dia, buat itu ini. JANGAN BUAT LAWAK. BIKIN MUNDUR BANGSA! Belajarlah merendah diri dan bersedia jadi pembantu walaupun sekadar ahli biasa. TIRU MACAMM SAYA - sanggup bantu apa saja persatuan, walaupun sekadar tukang susun-susun kerusi meja saja. (Maaf, agak "minta puji". Saya dah lama geram tengok gelagat kawan-kawan cendikiawan/berkedudukan yang BERFIKIRAN BESAR tapi BERJIWA KECIL).

2. Bangsa ini mesti desak dan tunjukkan kuasa bangsa kepada mana-mana presiden parti agar pilih calon dari bangsa anda. Anda adalah majoriti di Tandek! Itu hak anda. Tuhan pun mengutus nabi di kalangan bangsanya sendiri. Semulia-mulia Nabi Muhammad, beliau tetap tidak diutuskan kepada Bani Israil kerana bangsa Nabi Muhammad adalah arab Mekah. Faham maksud saya? Jika sekiranya prti tidak dengar cakap anda, dan tidak hormati hak-hak anda, maka anda mesti tunjukkan/guna KUASA RAKYAT. Anda tidak BERDOSA jika berbuat demikian. Berani kerana benar dan kerana memperjuangkan hak dan kebenaran. Kalau ini dapat diaplikasi oleh bangsa anda, KIMARAGANG AKAN MAJU BERMARUAH! Ingat, selagi anda pengecut, selagi itu anda senang diperkotak-katikkan macam buah catur!

HMM...apakah aku keterlaluan? Maaf, aku terlalu lama menyimpan geram dan simpati kepada bangsaku yang terjajah mindanya. Harapkan pagar pagar makan padi. Si pengail yang jorannnya panjang sejengkal, terus menduga lautan dalam! Yang berkurap mengaku dia malaikat! Sang berani sebelum pilihanraya jadi RAJA PENGAMPU semasa kempen. Yang mengaku RAJA KIMARAGANG, tau-tau menjual nama bangsanya untuk menyakitkan hati pucuk pimpinan parti. Hujung-hujung KIMRAGANG JADI MACAM 'MARAGANG"...

Saturday, December 20, 2008

ONDIUN @ FATIMAH UNGGUT & HJ. KEE ABD. JALIL DALAM KENANGAN "BANSA KIMARAGANG"


(Gambar: Ondiun @ Kee Hj. Jalil berbasikal menyeberangi Sg. Rakit. sumber gambar: Kee Norliah Kee Abd Jalil)

"Pasangan moden di zaman mereka. Pasangan sejoli yang unik..." - Sanguru

Mengapa saya katakan Ondiun @ Fatimah Unggut & Kee Hj. Jalil dalam kenangan "Bansa Kimaragang". Banyak sebab boleh menjelaskan. Tapi yang paling penting, pasangan inilah yang boleh dianggap "keluarga moden" pertama di Tandek. Moden dari segi cara hidup, moden dari segi agama dan paling penting - moden dari segi pendidikan.

Kee Abd. Jalil, merupakan guru besar paling lama di GPS/SK Tandek. Hampir 25 tahun beliau menjadi guru besar. Dan sepanjang tempoh itulah beliau bukan sekadar mengajar tulis baca tetapi mendampingi bansa kimaragang, memotivsikan bangsa ini untuk maju, untuk belajar, untuk mengubah nasib.

Saya sangat terharu bila melihat gambar di atas. Pada zaman itu, bangsa Kimaragang Tandek, khususnya kaum wanita belum tahu, belum mampu berbasikal. Ketika itu juga, rumah-rumah orang Kimaragang masih dibuat dari bambu dan nipah. Jangankan TV, radio pun payah Tetapi pasangan di atas sudah punya rumah papan, TV, Radio dan anak-anak yang bersekolah Inggeris. Saya harap anak-anak arwah menyimpan gambar ini sebaik-baiknya kerana ini khaznah bansa Kimaragang dan permata keluarga kalian. Sesungguhnya pasangan yang telah lama meninggalkan bangsa Kimaragang ini akan (sepatutnya) kekal dalam ingatan "Bansa do Kimaragang" (bahkan bangsa-bangsa lain di Tandek/Kota Marudu seharusnya mengingati mereka khususnya arwah Hj. Kee Abd. Jalil - "Bapa Pendidikan Tandek/Kota Marudu"...

Monday, December 15, 2008

ODU KOLINZIM BT. SONDIGIT, WIRAWATI KIMARAGANG


Odu Kolinjim Bt. Sondigot lahir sekitar awal tahun 1800 di kampung Longob Tandek. Menurut cerita daripada Odu Kolinjim yang diceritakan oleh cicit beliau En. Molidang (temuramah pada 15/12/2008 di rumah beliau di Longob), datuk Odu Kolinjim berketurunan Suluk.
Ketokohan Odu Kolinjim ialah dari segi kebolehannya sebagai jurubicara/hakim dalam maasalah berkaitan komuniti setempat. Beliau juga merupakan ketua adat dan ketua kampung di zamannya. Ini menyebabkan beliau turut terkenal di kalangan pembesar Inggeris. Selain daripada kemampuannya menjatuhkan hukuman secara adil dan muktamad, beliau juga digeruni serta dipatuhi (dalam bahasa Dusun Kimaragang - "karanakan"). Dikalangan ketua-ketua kampung lelaki pun turut mmenghormati keputusan beliau sehinggakan ada kes-kes tertentu yang terpaksa menunggu keputusan daripada Odu Kolinjim.
Satu lagi keistimewaan Odu Kolinjim ialah keberanian luar biasanya sama ada menghadappi orang-orang besar atau para penduduk kampung yang "besar kepala". Diriwayatkan, bila beliau marah, beliau akan mencabut kuku jarinya di hadapan orang sebelum menjatuhkan hukuman. Beliau pernah menghadap Syarif Osman di kubu/kota Syarif Osman di Marudu Laut, kerana tidak berpuas hati dengan perilaku orang bawahan Syarif Osman yang tidak sopan. Syarif Osman sendiripun "kecut" bila berhadapan dengan Odu Kolinjim kerana ada "aura" istimewa. Odu Kolinjim juga bersahabat dengan Datu Unduk (pembesar kesultanan Sulu yang berpusat di Sg. Selaping, dekat SMK Kota Marudu II sekarang). Diceritakan bahawa Odu Kolinjim pernah menyelamatkan Datu Unduk daripada dihukum oleh pihak Inggeris.
Apakah barang "istimewa" kepunyaan Odu Kolinjim yang dipercayai memberikan "aura" tambahan? Dipercayai Keris/Pisau pendek warisan nenek moyang Odu Kolinjim (lihat gambar) merupakan salah satu barang yang mempunyai aura. Setiap kali Odu Kolinjim berjalan untuk urusan penting, beliau akan membawa senjata kecil ini. Selain itu, Odu Kolinjim juga memiliki barang dikenali "kepala naga" tetapi dipinjam oleh Datu Unduk (sehingga kini tidak dikembalikan).
Odu Kolinjim meninggal pada awal tahun 1900 dan kuburannya kini di Mosolog (tanah persendirian yang kini dimiliki oleh En. Dangus B. Aby). Diriwayatkan bahawa Odu Kolinjim pernah berkata: "akan timbul wanita hebat seumpamanya dikalangan keturunannya yang ketujuh". Siapakah wanita itu? Sama-sama kita nantikan...

Friday, December 12, 2008

AKI PAMANSAH B. YUNGONIT : PENGEMBANG KIMARAGANG

AKI Pamansah merupakan adik kepada Aki Tumunda (Lihat carta salasilah dalam entri sebelum ini). Beliau telah berhjrah ke kawasan lain (kemungkinan besar di Koromoko/Tg. Batu Darat) kerana diarahkan oleh bapa beliau , Panglima Yungonit.


Pembaca tahu kenapa? Kerana Aki Tumunda, Aki Pamansah dan Aki Badur "umpama kucing dengan anjing" - tidak boleh duduk bersama kerana masing-masing ada kehandalan dan cenderung untuk menjadi ketua, atau dalam istilah Kimaragang "mialib-alib" (masing-masing ingin tunjuk handal). Memandangkan Aki Tumunda lebih tua dan menggantikan tempat ayahandanya sebagai ketua komuniti ketika itu maka haruslah adik beradiknya mencari "tapak" baru untuk menjadi ketua. Mungkin ada sebab lain namun hanya inilah maklumat yang dapat diperolehi daripada sumber-sumber yang ada. Kimarangang kata; "ara'at ong wa'walon" (tidak baik, membuat-buat cerita)


Maka berhijrahlah Aki Pamansah ke Koromoko manakala Aki Badur berhijrah ke Brunei. Saya akan ceritakan tentang Aki Badur dalam entri selanjutnya. Berbalik kepada Aki Pamansah, beliau telah berkhawin dengan wanita yang kami belum ketahui namanya. Beliau mendapat anak lelaki dinamakan Pandasar@Sorotula. Pandasar mempunyai empat anak iaitu:

1. Adun @ Abidin B. Pandasar (1900-1975)
2. Panangah B. Pandasar
3. Joling B. Pandasar
4. Odo Bt. Pandasar


Maka dari empat penama di atas inilah bermulanya pengembangan komuniti Kimaragang di sekitar kampung koromoko, tanjung batu darat, marasinsim dan bahagian-bahagian lain di sebelah Pitas. Berdasarkan kepada fakta ini maka tidak keterlaluan jika saya namakan AKI PAMANSAH sebagai "PENGEMBANG BANSA KIMARAGANG" , kerana jika beliau tidak berhijrah dari Kg. Salimandut, sudah barang tentu komuniti Kimaragang tidak berkembang keluar sehingga ke daerah Pitas. Itulah hikmahnya "kucing dan anjing" tidak boleh bersatu.


Saya harap selepas mukadimah salasilah Aki Pamansah ini dibaca oleh kaum Kimaragang Tandek, haruslah sedar bahawa salasilah keluarga kita memang sangat besar. Ingat satu perkara: "TOKOW E' TOKOW"...


Nota: Salasilah di atas hanyalah pendahuluan/pengenalan kepada salasilah Aki Pamansah. Maklumat lanjut mengenai salasilah tersebut sila rujuk En. Charles K. & Kee Roslee Hj. Jalil. Mereka mempunyai senarai yang hampir lengkap (sehingga generasi ke-3/4 Aki Pamansah).

Wednesday, December 10, 2008

BAGAIMANA KETURUNAN AKI SONDION BOLEH BERKAIT DENGAN AKI TUMUNDA?


Berdasarkan kajian salsilah yang dilakukan oleh saya sendiri (2001) (tetapi tidak lengkap) dan En. Charles K. dan Kee Roslee (2007) (kajian mereka ini boleh dianggap lengkap), dapat diperhatikan bahawa asal mula perkaitan kekeluargaan suku kaum kimaragang Tandek ialah di peringkat Aki Sandion B. ___ (Ketua Komuniti Di Tingkalanon) dan Aki Tumunda Bin Yungonit(Ketua komuniti di Salimandut/togomongis). Ini kerana kedua orang tokoh penting bangsa Kimragang ini "berbiras". Isteri mereka adalah adik beradik iaitu anak kepada "taki tagayo" (Moyang utama) iaitu Abaron Bin Bagu.
(Klik pada rajah untuk saiz lebih besar)
Kemudian, lahirlah generasi seterusnya yang mengembang dari satu genersi ke generasi selanjutnya. Berdasarkan kepada kajian tersebut juga didapati bahawa berlaku perkhawinan antara dua keturunan ini dari masa ke semasa, menyebabkan dua keluarga ini menjadi semakin rapat talian kekeluargaannya. Saya tidak mampu untuk menunjukkan keseluruhan/ secara spesifik salasilah yang lengkap kerana butirannya amat sukar untuk ditunjukkan. Bayangkanlah bagaimana memasukkan butiran tiap keluarga kita yang mencecah belasan ribu sekarang ini! Bagaimanapun kami akan berusaha terus untuk menjadikan salasilah keluarga besar ini menjadi kenyataan. Memadailah sejarah awal ini sebagai "pembuka minda" kita semua untuk menyedari betapa kita semua ini rupanya berkeluarga! (Tokow e' tokow)