Friday, January 2, 2009

INTELEKTUAL VS PETANI...

Agak lama sudah saya membanding-beza (pemikiran kritis) antara Intelektual Kimragang dengan Petani Kimaragang dari segi peemikiran politik-patiotisme bangsa. Jawapan sudah lama saya temui tapi sekarang baru mau cerita. Jangan cakap saya reka-reka cerita atau tidak guna fakta. Saya bekas perisik XXX yang pandai cari maklumat. Apa yang saya tulis ini saya lihat, saya dengar sendiri di kedai kopi, di pejabat, di kampung-kampung, di surau-surau dan sebagainya. Saya menyusup masuk ke dalam berbagai persatuan dan serata kampung untuk menyelami jiwa orang Tandek.

Intelektual Kimragang (secara amnya bermaksud yang ada diploma dan ke atas) terdiri daripada :
a. Fikir dan arif tentang politik setempat tetapi tidak mahu bercakap/aktif
b. Fikir dan arif tentang politik setempat dan mahu bercakap/aktif
c. Tidak minat memikirkan tentang politik tetapi minat memperjuangkan nasib bangsanya melalui caranya sendiri. Misalnya membantu orang susah, beri peluang kerja, beri motivasi dan sebagainya.
d. Langsung tidak mahu berfikir dan tidak buat apa-apa tentang bangsanya.

Saya tertarik untuk mengulas tentang kategori B, kerana ini yang memainkan peranan penting dalam politik setempat khususnya N5 Tandek. Golongan "B" ini terpecah lagi kepada (secara amnya) dua kelas:

i. Yang berjuang untuk kepentingan peribdi dan kroni (Kelas B(i))
ii. Yang berjuang untuk kepentingan umum/bangsa

Kelas "i" ini lebih ramai daripada kelas "ii". Kelas "i" inilah yang selalu "muput-uput buntut si....", yang sanggup membelakangkan patriotisme dalam jiwanya, untuk mendapatkan habuan projek, kerjaya, pangkat dan mungkin juga angan-angan mau jadi calon (?). Mereka inilah yang kalau sebelum pilihanraya bukan main lagi lantang mengutuk pemimpin dan ghairah cakap pasal ketuanan Kimaragang di N5 Tandek. Kalau cakap bukan main, tapi kelas "i" inilah yang akhirnya sanggup jadi orang suruhan masa kempen. Pujuk orang kampung belakangkan patriotisme bangsa. Tahu kenapa?

1. Mereka sudah terjerat! Kalau dah suka "muput-uput" mana lagi boleh melawan atau menyatakan "No". Terpaksalah jadi barua.
2. Mereka hipokrit! Belakang pemimpin lain, depan cakap lain. Mereka ingat barangkali pemimpin tiada spy. Pemimpin sebenarnya tidak respek mereka ini. Cuma mereka memang boleh diperalatan.
3. "Pok Keuntungan" (target profit). Mereka ini ada lesen dan kaki projek. Harapan mereka selepas pilihan raya dapat projek. Inilah matlamat perjuangan politik mereka. PROJEK! PROJEK! PROJEK!

Sedih saya bila golongan yang mengaku cerdik pandai mengutuk orang kampung/ orang bukit-bukit! "Kasi RM10 sudah berubah hati!" kata mereka kepada petani. Bagi saya golongan cendikiawan terutama kelas B(i) inilah yang dajal! Mereka sekejap jadi pejuang patriotisme, kemudian jadi "petualang bangsa". Sekejap suruh petani melaungkan Hak-Hak Kimragang/Tandek, tapi "last-last" ketuk pintu rumah orang hulur RM dan pujuk sokong calon pilhan mereka. Merekalah yang memutar belitkan fakta. Dengan kata lain memperbodohkan kaum kerabat yag tidak berpengetahuan tentang isu semasa, tentang KWAPM dan sebagainya.

Nah, siapa jahat? siapa bodoh? siapa petualang? siapa lebih ptriotisme?
Kepada yang mengaku sudah cukup cendikiawan, SAYA TAWARKAN DIRI SAYA SEBAGAI CONTOH (saya tak kisahlah dikata apa pun) kerana terus teranglah, saya belum nampak cendikiawan Kimaragang yang benar-benar berjuang dengan cara yang betul dan tidak alang-alang. Jadi calon sahaja tidak semestinya pejuang sejati kimaragang. Saya pun boleh jadi calon kalau mau, tapi saya punya fikiran, dan visi untuk bangsa ini berbeza...

MAU TERIMA ATAU TIDAK, SETAKAT INI, SAYALAH PALING LANTANG MEMPERJUANGKAN HAK-HAK KIMARAGANG/TANDEK. SAYA USULKAN PERKARA INI KEPADA PM, KM, PRESIDEN PBS, TIM. PRESIDEN PBS, SETIAUSAHA PBS. BUKAN MAIN CAKAP TAPI MAIN DOKUMEN. BUKAN DOKUMEN KOSONG BAHKAN DENGAN RIBUAN SOKONGAN RAKYAT. SATU SEN PUN SAYA TIDAK KEUAR DARI SAKU UNTUK BELI SOKONGAN RAKYAT.

WALAUPUN SAYA SANGAT AGRESIF (?) TAPI PEMIMPIN TIDAK MARAH SAYA KERANA DIA TAHU CARA SAYA BERMARUAH, BERETIKA, BERMORAL DAN TIDAK HIPOKRIT. SAYA BERJUANG BUKAN MAU JADI CALON/YB/MP SEKADAR UNTUK MEMBERI CONTOH - KALAU MAU BERJUANG, BEGINILAH CARANYA. DIA TAHU APA YANG SAYA CAKAP ITU BETUL. MEMANG BAIK UNTUK RAKYAT DAN PARTI.

SYOR SAYA KEPADA BAKAL-BAKAL PEJUANG: JANGAN JADI PENGECUT. JANGAN TIKAM BELAKANG. JANGAN KERANA PENTINGKAN DIRI ADA JADI "TUGARANG" (SESUMPAH)...HARUS KONSISTEN. BARULAH ANDA DIHORMATI RAKYAT DAN PEMIMPIN...KALAU INI ANDA ADA, ADA HARAPAN...

KASIHI RAKYAT. SAYANGI BANGSA. BANGSA INI PERLUKAN ANDA YANG JUJUR IKHLAS MENGABDI KEPADA BANGSANYA. KALAULAH AKU PUNYA TEMAN SEPERTI INI....

Nota: Ampun dan Maaf kiranya aku keterlaluan berterus terang dan mengangkat diriku sendiri sebagai contoh. Andainya ini mengundang bahaya, salah sangka dan dosa, aku rela menerima kesemuanya kerana jika aku tidak menyuarakan semua ini : LAMA LAGI LAH BANGSA INI AKAN TERJAJAH MINDANYA....

Sekian lama aku ingin mengatakan ini, aku pendam dalam minda, kerana aku sebenarnya bukanlah jenis orang yang mahu memberitahu siapa aku. Aku sebenarnnya menanti ada orang lain yang memberitahu perkara ini secara gentleman dan ikhlas, tapi bertahun-tahun ku tunggu...yang ku dengar hanyalah suara-suara sombong dan omong kosong....

"MAAFKAN AKU KALAU AKU MELUKAIMU"

3 comments:

Nunu Nopolah said...

Terlebih dahulu, saya bangga mengenali seorang yang berjuang dengan sopan seperti saudara.

Saudara, sebagai perantau saya faham keadaan saudara yang berada DEKAT dengan bangsa sendiri.

Perjuangan kita mungkin sama tetapi kita lakukan dengan cara yang berlainan.

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Memang susah untuk menilai orang lain dan memang susah untuk menilai diri kita sendiri juga.

Banyak yang saya ingin kotakan dan 'share' di sini tetapi mungkin ia akan mengundang cemuhan yang tidak patut saya terima.

Teruskan usaha..Sangat Lantang!

p/s:apa tu KWAPM?

Yoyoku beti... said...

Dalam konteks satu-satu perjuangan,kekadang kita terpaksa menempuhi pelbagai halangan atau kekangan.halangan....ada segerombolan menganggap kita sebagai pejuang untuk memertabatkan bangsa,ada juga yang menganggap kita sebagai"mising gagayo tulu".tapi,apapun yang cikgu bung adi perjuangkan,saya sebagai bekas pelajar cikgu menyokong tanpa berbela bahagi.teruskan perjuangan...sedarkan diri mereka di luar sana bertapa pentingnya mengangkat martabat dan memertabatkan bangsa kimaragang.kalau bukan kita,siapa lagi!!!

Yoyoku beti... said...

Dalam konteks satu-satu perjuangan,kekadang kita terpaksa menempuhi pelbagai halangan atau kekangan.halangan....ada segerombolan menganggap kita sebagai pejuang untuk memertabatkan bangsa,ada juga yang menganggap kita sebagai"mising gagayo tulu".tapi,apapun yang cikgu bung adi perjuangkan,saya sebagai bekas pelajar cikgu menyokong tanpa berbela bahagi.teruskan perjuangan...sedarkan diri mereka di luar sana bertapa pentingnya mengangkat martabat dan memertabatkan bangsa kimaragang.kalau bukan kita,siapa lagi!!!